Thursday, August 27, 2009


Jumpa mende ni kat dalam blog Tok Rimau. Kalo korang baca kat ofis cover gelak ok?

Bila demam

Hari ke 2 demam.

Pada mulanya ingat MC yg dapat 2 hari aku pakai sehari je, alih alih hari ni bangun pagi, kepala aku berdenyut macam nak pecah, kejap macam nak pecah, kejap macam ok. Sampai aku dah siap dress to kill office, dia datang balik. last last aku tersadai kat tilam jugak.

Aku seorang yang tak banyak harta.

Hari ni lebih kurang setahun aku pakai Aspire 4530. Mentang mentang dah lebih kurang setahun, makin banyak problem timbul. Sebelum ni dgn built-in webcam, yang kadang kadang tiap tiap kali aku nak pakai kena install driver. Oh, sebelum tu, masa mula mula beli, window boot problem, tak bleh masuk window. Lepas tu button arrow ke bawah padam terus, sekarang manual sound control plak tak le pakai. Aku cukup suka function ni, mengingatkan aku pada radio masa kecik kecik dulu, tang nak control volume tu ngan cari frequency tu. bleh tolak tolak pakai jari je.

Harta aku semenjak keje ni tak banyak. Kalo kira rasa rasa macam tak lepas pun pakai jari. Possession aku 80% adalah bende bende yang bring forward dari zaman kolej dulu. Tetiba rasa macam nak kira berapa nilai semua bende yang aku ada hahaha.

backpack - 5 tahun
Beg ni aku beli masa aku masuk 2nd year kat KUKTEM. Tujuan utama nak nampak style bila balik kampung. Masa tu tengah top beg deuter kalau tak silap aku. Sekarang pun deuter top lagi rasanya. Dengan bag ni lah aku menjelajah hampir seluruh Malaysia sampai sekarang. Kalau ade rezeki nak pergi Australia pun, maybe aku still akan bawak bag ni, penghargaan pada kesetiaan dia kat aku.

kasut converse- 3 tahun
Masa aku nak buang kasut ni, aku rasa sedih gila. Tapi terpaksa, sebab aku dah tak ada tempat nak simpan. Nak bagi orang pun dah teruk sgt dah rupa dia. Aku beli masa aku 3rd year kat KUKTEM. Masa tu kedai converse kat depan panggung wayang GSC Megamall kuantan. Clearance sale. Aku beli harga RM80. Pembelian paling mahal aku pada masa tu.Tak pernah hidup aku beli kasut kaler biru. Pengaruh dari Feisal, tak cool kalo takde kasut Converse katanya. Sekarang dia tengah racun aku beli iPhone hahaha. Satu perangai buruk aku, lepas beli something tu, aku mesti macam menyesal sikit sikit tapi tak tunjuk orang. Beberapa bulan pertama berapa kali je aku pakai kasut tu. TApi kasut Converse ni lain macam sikit cerita dia dgn aku. Kalo orang lain, kasut jaga elok elok. Tapi dengan kasut Converse biru ni, semua tempat aku redah. Kebun sayur bapak aku dah lunyai aku pijak pakai kasut ni, pernah aku balik dari kebun, kasut biru dah tukar kaler jadi coklat, lumpur, sebab masa tu hujan. Tu yang buat aku bertambah sayang kat kasut tu. Tapi, segalanya mesti berakhir, masa aku letak kasut tu dalam tong sampah ( aku letak tau bukan campak ) aku terus blah tanpa pandang belakang lagi.

Ada lagi harta harta aku yang lain, tapi lom ada yang dapat lawan sentimental value backpack dengan kasut converse tu. Tetiba plak aku takde mood nak terus tulis. Rasa macam nak cari balik je kasut converse aku tu. Ni effect karangan masa sekolah rendah la ni, saya sepasang kasut. Impak sungguh.

Tuesday, August 11, 2009

Seorang lelaki tua dan sepinggan nasi campur

Apa kata kau?

Kalau seorang lelaki berumur datang pada kau dan bercerita tentang mati.

Mati. Bukan azab kubur atau cerita cerita gerun dari tanah suci.

Cerita tentang takutnya dia pada mati. Walhal kerekter alimnya kau tahu.

Apa kata kau? pada dia ?

Mungkin kau mengangguk. Mengiyakan ceritanya.

Atau

cakap sama dia, dia masih muda lagi. Tapi dia lelaki tua.

Atau mau kata, Tuan banyak harta, amal jariah pun rasanya dah banyak.

Apa kau mau kata?

Sebab aku diam je. Hahahaha

Tuesday, August 4, 2009

Puchong- Subang-Bukit mertajam-Kuala Perlis-Kepala Batas-Subang-Puchong

Berdebar. Nervous.

Serius.

Aku sandang bag aku. Beg ni aku beli masa aku 2nd year kat KUKTEM, walaupun KUKTEM dah berkubur, tapi bag aku ni ada lagi. Murah je, 3o ringgit.

Tiket aku lipat kemas. Tiket paling besar dalam sejarah pengangkutan awam dalam hidup aku. Saiz kertas A4 beb, kira besar la tu kan?

Muka aku cover berdebar. Bukan pertama kali aku sampai tempat ni, banyak kali dah, cawangan lain lain cuma kali ni aku tau, i would go further beyond the lines i had been. Berdebar.

Pakcik pakaian seragam senyum, nampak macam ikhlas. Aku harap dia tak de ilmu ilmu ghaib boleh baca isi hati aku.

Disebabkan pertama kali, aku teragak agak. Bag aku aku genggam kemas, tali dia aku genggam kemas, sebab beg tu besar kalau aku mau genggam keseluruhannya. Aku letak. Aku angkat balik.Aku letak balik.

"Letak je dik, tak pe." Ujar pakcik pakaian seragam. Nampak sangat gelabah aku kot.

Aku letak.

"Satu je?" Pakcik tu tanya.Macam nak saiko aku je pakcik ni.

"Aa.." jawapan aku goyang.

"Ok, jalan." Laju je pakcik pakaian seragam potong jawapan aku.

Aku beratur belakang Brader Kayu Golf. Sampai giliran aku, setel. Tak ada masalah.

......

Aku beratur. Follow je orang jalan. Akak tu kata ada 1 je jalan pagi ni. Aku follow dengan berdebar.

.......

Pergh, naik bas tak macam ni, kena jalan tengah tengah panas lagi.

.......

Akhirnya, selepas sela masa 25 tahun, aku berjaya jugak naik kapal terbang.