Minggu yang sibuk gila.
Dulu masa aku zaman belajar, aku imaginkan kehidupan aku zaman kerja sangat sibuk, baru seronok. Nak jadi workaholic la konon konon. Berkejar ke sana ke mari, meeting orang tu, jumpa orang ni, travel pergi situ sini, pergi site, design prototaip baru dan macam macam lagi kesibukan yang aku bayangkan.
Minggu ni amik, padan muka, betul betul sibuk. Masuk je Isnin, 4-5 urgent documents masuk. Kena plak final documents, nk kene fotostat-fotostat. Bunyi macam mudah gila kan? fotostat je, letak kat mesin pastu tekan berapa copy nak pastu tunggu siap. Hah, banyak la. Bila urgent, nk tunggu mesin fotostat running pun rasa macam rugi masa. Then nak kena punch lagi, lepas tu nk masuk filing lagi. Lagi lagi kalau job basuh taik orang, tak tahu mana softcopy hardcopy yang dia archive kan, contact number pun dah tukar, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih, huh!
On hand job, baby aku yang sebelum ni perangai elok jugak nak buat hal, supervisor aku plak dah pandai nak deligate works dah sekarang, nyesal aku pergi bercerita pasal buku yang aku baca tu, makan diri sendiri balik dah, kali ni aku memang betul betul multitasking, kalo Intell ade core duo, aku lagi up, core lapan kot. Kejap kat mesin photostat, kejap dekat packing, kejap dekat drawing, masuk pukul 430 aku dah flat habis.
Lepas tu esoknya kena runner pergi melaka, training pulak. Dah la training yang tak berapa berkaitan dengan aku, tapi dah budak tu tak le nak pegi sendiri, aku plak kne calit. Cukup sakit hati bila dah masuk training hall, budak tu boleh plak tido ( training jenis ceramah, dewan aircond, suara penceramah satu tone ), tak de kerja aku nak tegur, karang balik ofis, kena soal, pandai pandai la ko jawab sendiri, umur dah 27, takkkan aku yang lagi muda nak ajar kau macam mana nak behave nak perform dalam kerja. Lantak lah.
Balik dari Melaka, bergegas ke Terengganu pulak, ini bukan urusan kerja, tapi urusan masa depan, pergi dengan harapan dapat jadi Pegawai Kerajaan, insyaallah. Persediaan punya pasal, lunyai poket aku bulan ni, nasib baik buah hati pengarang jantung expert bagi sokongan moral, ikutkan hati dah malas aku nak pergi, cuti aku tahun ni dah lagi sikit dari jari kaki.
Buat buah hati pengarang jantung, terima kasih sebab memahami, menyokong, kata orang behind a great man stand a great woman, you are already the greatest woman, hopefully I could be that great man.
Agak agak tiga orang kat atas tu camane sibuk diaorang eh?
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
5 comments:
aku tgh x sibuk.. hahaha..blogging sana sini.. syiok wooo..tp tunggu masa jek laa..sbb new project bakal muncul.. cuma aku felik.. apa kaitan tajuk ko..ngn citer ko?? hurmm..
Rynn :
Oh aku nak buat stail baru, buat tajuk yang seakan akan tak berkaitan dengan entri, tapi sebenarnya berkaitan,lepas tu duduk sorang sorang rasa hebat, bangga diri, rasa mcm orang seni.
yey! u r back! nice post.
Frosty :
Area umah baru aku very suitable for jogging tapi i know, xleh lawe tasik umah mu, tempat riadah Tun M
hoho.. aku cepat je tangkap ayat2 di baris terakhir entry ko... :D
Post a Comment