Berdebar. Nervous.
Serius.
Aku sandang bag aku. Beg ni aku beli masa aku 2nd year kat KUKTEM, walaupun KUKTEM dah berkubur, tapi bag aku ni ada lagi. Murah je, 3o ringgit.
Tiket aku lipat kemas. Tiket paling besar dalam sejarah pengangkutan awam dalam hidup aku. Saiz kertas A4 beb, kira besar la tu kan?
Muka aku cover berdebar. Bukan pertama kali aku sampai tempat ni, banyak kali dah, cawangan lain lain cuma kali ni aku tau, i would go further beyond the lines i had been. Berdebar.
Pakcik pakaian seragam senyum, nampak macam ikhlas. Aku harap dia tak de ilmu ilmu ghaib boleh baca isi hati aku.
Disebabkan pertama kali, aku teragak agak. Bag aku aku genggam kemas, tali dia aku genggam kemas, sebab beg tu besar kalau aku mau genggam keseluruhannya. Aku letak. Aku angkat balik.Aku letak balik.
"Letak je dik, tak pe." Ujar pakcik pakaian seragam. Nampak sangat gelabah aku kot.
Aku letak.
"Satu je?" Pakcik tu tanya.Macam nak saiko aku je pakcik ni.
"Aa.." jawapan aku goyang.
"Ok, jalan." Laju je pakcik pakaian seragam potong jawapan aku.
Aku beratur belakang Brader Kayu Golf. Sampai giliran aku, setel. Tak ada masalah.
......
Aku beratur. Follow je orang jalan. Akak tu kata ada 1 je jalan pagi ni. Aku follow dengan berdebar.
.......
Pergh, naik bas tak macam ni, kena jalan tengah tengah panas lagi.
.......
Akhirnya, selepas sela masa 25 tahun, aku berjaya jugak naik kapal terbang.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
3 comments:
fuh yoo.. melancong tue...syoknyerrr
hey mue kato bulae poso.
Rynn ;
Keje sambil melancong, xde la best sangat sebenarnya pun :P
Fros ;
That was the initial plan Bro, tapi ni rezeki company nak bagi, apa lagi, meluncur di angkasa la aku, hahaha
Post a Comment