Sepanjang disember 2009, jumaat cuti.
Dah jadi kebiasaan, kalau hari jumaat yang berkerja, aku ada can naik Accord bos aku. Bukan memandu, duduk sebelah je, sambil tala aircond dekat muka, memang sejuk.
Jadi sepanjang disember 2009 aku tak merasa kesejukan aircond Accord bos aku, kind of missed it jugak.
Disebabkan Jumaat yang bercuti, aku tidak mengambil keputusan untuk bercuti sembahyang jumaat jugak. Tapi sepanjang disember, aku berkelana ke Masjid beratapkan langit yang kadang2 cerah jugak selalu gelap, berlantaikan aspal yang senantiasa panas. Naik moto je. Ye Fariz, aku naik muto bersticker L lagi.
Tapi aku suka naik moto pergi sembahyang Jumaat. Sebab aku cuba menjadikan habit untuk mempelawa pejalan pejalan kaki yang meredah panas suria khatulistiwa menuju ke masjid.
Selalunya adalah mat mat bangla. Susah nak jumpa orang kita yang berjalan kaki. Mewah orang Malaysia ni.
Aku agak respek dengan mat mat bangla ni, despite of bau ketiak yang menonjol kalau berselisih dengan diaorang pada hari hari biasa, most yang aku bonceng pada hari jumaat, kalo tak bau minyak atar, bau sabun mandi. Konsep memuliakan hari jumaat tu nampak masih teguh.
Satu benda yang aku agak perasan, kebanjiran mat mat bangla di masjid. Walaupun area aku duduk ni dikelilingi dengan construction sites, hari hari biasa mat mat bangla ni takde la bersepah sangat, tapi bila masjid hari jumaat, boleh kata 50% kehadiran masjid ni adalah diaorang.
Kerajinan mat mat bangla hadir sembahyang jumaat, sedikit menampar muka sendiri. Teringat zaman kepala letak kat lutut, panas sikit, ponteng jumaat, bdn peluh2 tak sempat masa nak mandi, ponteng jumaat, aku agak insaf.
Untuk pengentahuan sekalian, kerje construction site ni, cukup2 lah comot dan kotor juga memenatkan. Jalan jalan bawak kertas A0 pusing site pun dah buat belakang berkeringat (tu dah pakai spek itam dah tu), apetah lagi kalau kena gaul simen, angkat bata, sorong kerikil dan bengkokkan besi. Letih semua tu weh. Lepas tu kena pegi mandi then jalan kaki tengah panas nak pergi masjid. Tambah pulak, bukit puchong ni, masjid atas bukit, ketar jugak lutut nak panjat naik atas tu, masjid baru pulak, pokok pokok tepi jalan pun takde lagi. Lagi masyuk tidur bawah pokok sama budak budak myanmar kan?
Tapi aku respek sama mat mat bangla ni, kalo diaorang takde, rasanya macam tak berapa nak melimpah masjid tu.
Sebab tu, aku tak rasa nak berkira bila tekan brek, ajak diaorang isi seat kosong belakang motor aku. Hopefully, kalo aku bertayar 4 pun, aku masih tak berkira nak share sejuk aircond keta aku nanti.
Pengajaran, jangan ponteng jumaat. Tinggal semayang berdosa.
72 RANCANGAN B
3 weeks ago
2 comments:
alhaldullilah amir dah masuk islam..saudara baru...
alha-M-dulillah... ;P
Post a Comment