Saturday, June 21, 2008

counting days

Weekend again.
Dont have much planned in my head, actually nothing.

sungguh bosan hari minggu bila hujung bulan menjelang.

Baru lepas menghabiskan celoteh asrif , mesej yang sungguh jelas.what is your contribution to the world?

Dan baru juga lepas menatap tulisan Azzam Supardi yang pendek tapi mengelikan.

Aku suka membaca tapi sangat berkira utk membeli bahan bacaan. Menulis adalah sesuatu yang facinating bagi aku. Dalam dunia blogging, aku dapat membezakan dua kategori penulisan yang unik. penulisan yang panjang tapi mengasyikkan dan penulisan yang pendek tapi "dalam".

Which one am I into? Ntah.

Dalam hidup, aku suka perkara yang simple. Tapi aku akan menggunakan ayat yang panjang dalam penulisan dan percakapan untuk menerangkan perkara yang mudah. Kemampuan untuk menulis dalam gaya bahasa yang menyebabkan pembaca terus mahu membaca , adakah ia sesuatu bakat? Orang yang tidak percaya kepada bakat pasti menentang statement aku ini. Kalau tidak masakan ada peribahasa "belakang parang lagikan diasah menjadi tajam". Tapi untuk apa mengasah belakang parang kalau yang mahu digunakan ialah mata parang?

Pernah aku membaca satu soalan, what matter most, the end or the way it end?

(berhenti untuk satu tempoh masa tertentu)

Adakah aku menggunakan ayat yang betul untuk menerangkan maksud aku? Tiba tiba timbul keraguan di benakku. Apa yang mahu aku sampaikan ialah, antara cara dan matlamat (baru sampai perkataan ni) yang manakah lebih menjadi keutamaan.

Seorang ustaz pernah berkata, "matlamat tidak pernah menghalalkan cara".

(sekali lagi berhenti untuk tempoh masa yang lama)

Mungkin jawapan yang tepat untuk kesemua itu adalah ungkapan trainer aku

"back to basic"

aku,

sungguh bosan hari minggu bila hujung bulan menjelang

Sunday, June 15, 2008

Kembali

Salam,
Agak lama aku tinggalkan blog ni. Taking my time adjusting to a new environment. Hidup aku bila di tenung tenung balik, agak nomad. Lepas abis belajar, kerja kat Kelang, tak berapa lama keje kat Kelang, pergi belajar kat Terengganu, kemudian cuba bekerja di Subang Jaya, 3 bulan di Subang Jaya, aku pindah ke Damansara. Kat Damansara ni pun, aku sendiri tak tau berapa lama. jauh berjalan, luas pemandangan kan? Ye la, dulu aku ingat OU tu jauh, sekarang, bleh kata kat depan mata je, hari hari dua kali sehari aku tgk OU tu. Heh.

Cara aku run hidup aku pun berubah mengikut tempat aku duduk. Kat Kelang pembawaannya lain, kat Terengganu pun lain. Setiap kali berada di tempat baru, aku cuba untuk berubah, mengubah hidup aku supaya "masuk" dengan persekitaran aku sekarang.

Evolusi yang aku hadapai sekarang, bagi aku adalah perubahan yang paling besar perlu aku lakukan. Dulu aku kerja ofis. Pembawaan pekerja ofis, agak berbeza dengan pembawaan pekerja shift. Owh, sekarang aku kerja shift. Lain, betul betul lain. Kalo orang tanya aku, siapakah orang yang paling menepati masa? Jawapan aku adalah pekerja shift. Setiap saat di kira. Kalo time aku kerja ofis dulu, nk masuk lambat, lagi 10 minit ke 830am baru nk call Boss, cakap lewat masuk sikit. Kalo 2 kali sebulan buat camtu, Boss takde nak bising bising, Boss akan kata, ko masuk lambat ko balik lambat. Tapi, kalo keje shift, masuk lambat, yang pasti gaji kena potong, silap hari bulan kena termination-on-the-spot...Heh.

Persekitaran ini sangat baru bagi aku. Sangat baru. Dan aku cuba untuk keeping up for it. Insyaalah, this job will teach me how to measure time accurately.

Dan aku adalah pekerja shift sekarang.


Owh satu lagi, kalo kat ofis dulu aku bleh chat kat YM dan layan Frenster sambil taip report, sekarang PC yang aku pakai cuma ada software yang perlu digunakan untuk masalah pelanggan. Erm, 7 software.

End

Salam