Saturday, January 16, 2010

Bangla pergi Masjid

Sepanjang disember 2009, jumaat cuti.

Dah jadi kebiasaan, kalau hari jumaat yang berkerja, aku ada can naik Accord bos aku. Bukan memandu, duduk sebelah je, sambil tala aircond dekat muka, memang sejuk.

Jadi sepanjang disember 2009 aku tak merasa kesejukan aircond Accord bos aku, kind of missed it jugak.

Disebabkan Jumaat yang bercuti, aku tidak mengambil keputusan untuk bercuti sembahyang jumaat jugak. Tapi sepanjang disember, aku berkelana ke Masjid beratapkan langit yang kadang2 cerah jugak selalu gelap, berlantaikan aspal yang senantiasa panas. Naik moto je. Ye Fariz, aku naik muto bersticker L lagi.

Tapi aku suka naik moto pergi sembahyang Jumaat. Sebab aku cuba menjadikan habit untuk mempelawa pejalan pejalan kaki yang meredah panas suria khatulistiwa menuju ke masjid.

Selalunya adalah mat mat bangla. Susah nak jumpa orang kita yang berjalan kaki. Mewah orang Malaysia ni.

Aku agak respek dengan mat mat bangla ni, despite of bau ketiak yang menonjol kalau berselisih dengan diaorang pada hari hari biasa, most yang aku bonceng pada hari jumaat, kalo tak bau minyak atar, bau sabun mandi. Konsep memuliakan hari jumaat tu nampak masih teguh.

Satu benda yang aku agak perasan, kebanjiran mat mat bangla di masjid. Walaupun area aku duduk ni dikelilingi dengan construction sites, hari hari biasa mat mat bangla ni takde la bersepah sangat, tapi bila masjid hari jumaat, boleh kata 50% kehadiran masjid ni adalah diaorang.

Kerajinan mat mat bangla hadir sembahyang jumaat, sedikit menampar muka sendiri. Teringat zaman kepala letak kat lutut, panas sikit, ponteng jumaat, bdn peluh2 tak sempat masa nak mandi, ponteng jumaat, aku agak insaf.

Untuk pengentahuan sekalian, kerje construction site ni, cukup2 lah comot dan kotor juga memenatkan. Jalan jalan bawak kertas A0 pusing site pun dah buat belakang berkeringat (tu dah pakai spek itam dah tu), apetah lagi kalau kena gaul simen, angkat bata, sorong kerikil dan bengkokkan besi. Letih semua tu weh. Lepas tu kena pegi mandi then jalan kaki tengah panas nak pergi masjid. Tambah pulak, bukit puchong ni, masjid atas bukit, ketar jugak lutut nak panjat naik atas tu, masjid baru pulak, pokok pokok tepi jalan pun takde lagi. Lagi masyuk tidur bawah pokok sama budak budak myanmar kan?

Tapi aku respek sama mat mat bangla ni, kalo diaorang takde, rasanya macam tak berapa nak melimpah masjid tu.

Sebab tu, aku tak rasa nak berkira bila tekan brek, ajak diaorang isi seat kosong belakang motor aku. Hopefully, kalo aku bertayar 4 pun, aku masih tak berkira nak share sejuk aircond keta aku nanti.

Pengajaran, jangan ponteng jumaat. Tinggal semayang berdosa.

Sunday, January 10, 2010

10 days in 2010

Already 10 days in 2010.

Kadang kadang aku harap tahun baru sama macam format komputer. Semua akan balik kepada basic. Where i can start over everything. Dekat mana nak letak file file yang semakin menyemakkan, susunan folder yang lebih sistematik, hingga lah kepada penamaan folder agar kelihatan lebih profesional dan tersusun. Memang tak perlu format komputer kalau hanya nak mengkordinasi fail fail yang ada tapi beauty of formating is, DOS hanya akan tanya sekali saja, nak format ke tak? di ikuti dengan soalan " format ni akan delete semua file tau?" kemudian DOS akan delete semua file yang ada. Sebab aku ada masalah dengan men-delete file. Perangai maybe-file-ni-nak-guna-nanti memang tak boleh nak ubah. Also applies dalam kekemasan bilik. Dan malas nak huraikan samada diaplikasikan jugak ke tak dalam kehidupan, hahaha.

Masih lagi berfikir tentang harapan 2010. Apa nak dicapai dan di realisasikan. Walaupun orang kata bina azam awal tahun akan membolehkan kita mengKPI kan diri sendiri pada tahun depan, ntah, aku tak tahu. Turning back to 2009, aku tak letak azam pun. But i do achieve something, kira macam level tu ada naik jugak la walaupun takde la banyak sangat. Aku ingat nak tukar utk 2010 ni, aku tak mau letak target tahunan, nak letak target bulanan,setiap bulan kena ada satu pencapaian. Kalau satu pencapaian sebulan, setahun dah ada 12 pencapaian. Tinggal nak kena klasifikasikan pencapaian yang macam mana.

1 post sebulan dudah boleh dikira satu pencapaian kan?