Showing posts with label pengenbaraan. Show all posts
Showing posts with label pengenbaraan. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Hari paling malang

Aku berdiri di tengah panas. Ramai orang sekeliling. Buat hal masing masing. Pelik, kenapa ramai sgt pengantin ni. Air mineral cap select 150ml aku teguk lagi. Panas betul. Kat depan aku ada sebuah rumah,rumah teres, berderet tiga biji. Macam pernah tengok rumah ni, mcm dekat masjid dekat kampung aku.

Aku dengar bunyi kompang. Orang ramai berkerumun depan pintu rumah, rumah tu ada tangga tinggi ala ala rumah Melaka rupanya. Seorang pengantin lelaki keluar. Segak, baju pengantin kaler kuning keemasan, memang raja sehari lah kau. Patut la aku tengok ramai lagi orang yang tak berkerumun, mungkin yang berkerumun tu angkatan pengantin lelaki tu je kot.

Aku makin panas, kepala aku berdenyut denyut, bunyi kompang buat kepala aku bertambah berdenyut denyut. Aku masih berdiri di tengah panas. Aku pun tak tahu kenapa aku tak mau pindah tempat teduh sikit. Takde pun mata aku melilau cari tempat teduh. Masih terpacak di situ. Tengah panas.

Lepas tu aku nampak awek aku. Keluar dari pintu yang sama. Cantik dia hari ni. Dengan baju pengantin warna kuning keemasan jugak. Aku rasa aku ternganga sekejap. Cantik sangat kot. Oh, di tangannya sejambangan bunga kecil, mengingatkan aku pada perkahwinan style mat saleh. Aku masih memuji muji kecantikan awek aku. Dia senyum dekat aku sambil turun tangga ke arah orang ramai.

Kompang tukar rentak. Lain sikit lagu dia. Dan aku masih tak bergerak.
Aku dengar pengumuman panggil nama awek aku. Serentak aku tengok orang payungkan awek aku, berarak ramai ramai kearah pentas.

Awek aku didudukkan atas pentas tu. Bersimpuh. Aku yakin satu tugas yang sukar sebab dia pernah bagitau aku, seksa bersimpuh lama lama ni.
Aku berjalan ke arah pentas, nak duduk sebelah awek aku, tapi aku masih konfius, aku kawin ke ni? Sebelum aku dikejutkan dek lelaki tadi yang tiba tiba duduk sebelah awek aku. Baju kawin diaorang sama.

Aku check pakaian aku. Apa hal aku pakai macam Ted Mosby ni? Seluar jean dengan t shirt lengan panjang sama kemeja petak petak. Patut la panas.
Aku tengok pentas tadi, lelaki tu salam sama sorang pakcik gaya gaya pak imam. Salam tak lepas pulak tu. Pak imam sebut nama awek aku, lepas tu lelaki tu sebut nama awek aku. Lepas tu diaorang doa ramai ramai.

Tetiba aku kat dalam kereta. Kawan aku drive. Kelajuan laju. Aku pandang luar, aku Nampak awek aku sanding kat atas pelamin, tengah padang.

Perjalanan aku di teruskan. Aku Nampak tokong cina, tangga tokong tu panjang, Cuma pelik sikit sebab tangga tu menuju ke bawah, sebab hujung tangga belah bawah tu tokong cina tadi, biasanya tokong ni kat atas bukit.

Aku masih konfius dengan apa yang berlaku. Otak aku masih belum dapat catch up lagi.
Kemudian aku sampai satu kem. Mak bapak aku ada sama. Rupa rupanya aku lapor diri jadi polis.

Aku semakin konfius. Bila pulak aku mintak jadi polis ni.
Aku tengok muka mak aku sedih. Muka bapak aku dalam tenang pun Nampak ada jugak sikit sedih. Bapak aku memang pandai cover.

Aku tak nak jadi polis. Tapi aku buat apa apa bantahan pun. Aku follow je. Kepala aku masih konfius kenapa awek aku kawin dengan orang lain.

Tetiba aku dapat text message. Dari awek aku.
"Nanti syg call u ok? I’ll explain everything."

Sekarang otak aku dah dapat proses. Awek aku memang kawin dengan orang lain. Gua kne dumb weh! Serius aku rasa marah, eh bukan, kecewa, ke marah. Tapi aku tak tau muka aku tunjuk perasaan aku ke tak sebab takde orang tanya apa apa. Sampai hati awek aku tinggal aku.

Aku teringat yang sekarang aku kena jadi polis. Aku tak nak jadi polis. Aku suka keje aku dulu. Keje dekat company lama aku.

Aku rasa nak mengamuk. Mengamuk sebab awek aku tipu aku, pergi kawin dengan orang lain. Nak mengamuk sebab aku tak nak jadi polis. Aku tak mau tinggal keje lama aku. Tetiba aku rasa sangat malang, kena tinggal dengan awek lepas tu kene kerje bende aku tak suka.

Aku rasa badan aku nak meletup. Badan aku kembang, membesar, maybe mcm ni la rasa nak jadi Incredible Hulk, tetiba mata aku silau, silau sesilau silaunya.

Aku bukak mata. Oh aku mimpi.

Tuesday, August 4, 2009

Puchong- Subang-Bukit mertajam-Kuala Perlis-Kepala Batas-Subang-Puchong

Berdebar. Nervous.

Serius.

Aku sandang bag aku. Beg ni aku beli masa aku 2nd year kat KUKTEM, walaupun KUKTEM dah berkubur, tapi bag aku ni ada lagi. Murah je, 3o ringgit.

Tiket aku lipat kemas. Tiket paling besar dalam sejarah pengangkutan awam dalam hidup aku. Saiz kertas A4 beb, kira besar la tu kan?

Muka aku cover berdebar. Bukan pertama kali aku sampai tempat ni, banyak kali dah, cawangan lain lain cuma kali ni aku tau, i would go further beyond the lines i had been. Berdebar.

Pakcik pakaian seragam senyum, nampak macam ikhlas. Aku harap dia tak de ilmu ilmu ghaib boleh baca isi hati aku.

Disebabkan pertama kali, aku teragak agak. Bag aku aku genggam kemas, tali dia aku genggam kemas, sebab beg tu besar kalau aku mau genggam keseluruhannya. Aku letak. Aku angkat balik.Aku letak balik.

"Letak je dik, tak pe." Ujar pakcik pakaian seragam. Nampak sangat gelabah aku kot.

Aku letak.

"Satu je?" Pakcik tu tanya.Macam nak saiko aku je pakcik ni.

"Aa.." jawapan aku goyang.

"Ok, jalan." Laju je pakcik pakaian seragam potong jawapan aku.

Aku beratur belakang Brader Kayu Golf. Sampai giliran aku, setel. Tak ada masalah.

......

Aku beratur. Follow je orang jalan. Akak tu kata ada 1 je jalan pagi ni. Aku follow dengan berdebar.

.......

Pergh, naik bas tak macam ni, kena jalan tengah tengah panas lagi.

.......

Akhirnya, selepas sela masa 25 tahun, aku berjaya jugak naik kapal terbang.

Wednesday, July 22, 2009

Travel v1

This is a fast one.

Semalam kat Batu Pahat, malam ni ke Kuantan, aku gelak dalam hati sambil kira claim,hahaha.

Batu Pahat was nice. Cheap foods, low rates hotels, wah, outstation paling gembira barangkali, hahaha.

Thanks to Pheaw for tips of great foods at Batu Pahat, jadi tak sia sia ko gi sambung belajar kat UTHM tu, ada guna untuk aku jugak.

If you ever went to Batu Pahat, jangan terlepas cuba Nasi Beriyani. Quite nice, takle kata very nice lagi sebab i'm not sure if the restaurant I went was the correct one, gila weh, ingatkan nasi beriyani tu one restaurant signature je, sekali berlambak jugak kedai jual nasi beriani ni. Aku try nasi beriyani mat esa, depan putra specialist hospital, beratur orang tunggu turn, gila siak!!! Paling best, nasi beriani lauk ayam dengan kambing, teh o ais, just for rm 10.50, nyesal tak amik fresh orange, hahahaha. Satu nak jumpa nasi beriani ni, disebabkan banyak kedai jual nasi beriani, aku terpaksa membayar rm12 utk informasi nasi beriani yang mana yang best. Rm12 for 4kg dokong, hahaha. Tapi uncle jual dokong tu memang cool. Mana kat KL nak jumpa orang timbang kasi lebih? Uncle tu selamba je, ok, saya bagi lebih, rasa dalam 5kg lebih aku dapat, god bless you uncle, lepas aku blah dari kedai dokong tu, aku tengok ramai orang singgah, masa aku pegi tu takde plak orang. See good deeds returned.

Sekarang aku tengah rilek2 makan dokong tadi sambil tunggu bos aku call nak gerak ke kuantan. Tetiba terjumpa semut di celah celah biji dokong tu, agak agak semut tu sedar tak berapa jauh dia sudah pegi? :D

Thursday, April 30, 2009

Event 1




Gua tinggalkan tanah besar sekejap. Gua balik nanti gua tak mau keadaan kacau bilau faham!!! :D