Saturday, December 26, 2009

tahun 2010

Baru lepas tengok pilem 2012. Ye, saya tau, saya lambat.

Lepas tu berdebar.

Macammana dengan tahun 2020?

:D

Saturday, December 12, 2009

Hari paling malang

Aku berdiri di tengah panas. Ramai orang sekeliling. Buat hal masing masing. Pelik, kenapa ramai sgt pengantin ni. Air mineral cap select 150ml aku teguk lagi. Panas betul. Kat depan aku ada sebuah rumah,rumah teres, berderet tiga biji. Macam pernah tengok rumah ni, mcm dekat masjid dekat kampung aku.

Aku dengar bunyi kompang. Orang ramai berkerumun depan pintu rumah, rumah tu ada tangga tinggi ala ala rumah Melaka rupanya. Seorang pengantin lelaki keluar. Segak, baju pengantin kaler kuning keemasan, memang raja sehari lah kau. Patut la aku tengok ramai lagi orang yang tak berkerumun, mungkin yang berkerumun tu angkatan pengantin lelaki tu je kot.

Aku makin panas, kepala aku berdenyut denyut, bunyi kompang buat kepala aku bertambah berdenyut denyut. Aku masih berdiri di tengah panas. Aku pun tak tahu kenapa aku tak mau pindah tempat teduh sikit. Takde pun mata aku melilau cari tempat teduh. Masih terpacak di situ. Tengah panas.

Lepas tu aku nampak awek aku. Keluar dari pintu yang sama. Cantik dia hari ni. Dengan baju pengantin warna kuning keemasan jugak. Aku rasa aku ternganga sekejap. Cantik sangat kot. Oh, di tangannya sejambangan bunga kecil, mengingatkan aku pada perkahwinan style mat saleh. Aku masih memuji muji kecantikan awek aku. Dia senyum dekat aku sambil turun tangga ke arah orang ramai.

Kompang tukar rentak. Lain sikit lagu dia. Dan aku masih tak bergerak.
Aku dengar pengumuman panggil nama awek aku. Serentak aku tengok orang payungkan awek aku, berarak ramai ramai kearah pentas.

Awek aku didudukkan atas pentas tu. Bersimpuh. Aku yakin satu tugas yang sukar sebab dia pernah bagitau aku, seksa bersimpuh lama lama ni.
Aku berjalan ke arah pentas, nak duduk sebelah awek aku, tapi aku masih konfius, aku kawin ke ni? Sebelum aku dikejutkan dek lelaki tadi yang tiba tiba duduk sebelah awek aku. Baju kawin diaorang sama.

Aku check pakaian aku. Apa hal aku pakai macam Ted Mosby ni? Seluar jean dengan t shirt lengan panjang sama kemeja petak petak. Patut la panas.
Aku tengok pentas tadi, lelaki tu salam sama sorang pakcik gaya gaya pak imam. Salam tak lepas pulak tu. Pak imam sebut nama awek aku, lepas tu lelaki tu sebut nama awek aku. Lepas tu diaorang doa ramai ramai.

Tetiba aku kat dalam kereta. Kawan aku drive. Kelajuan laju. Aku pandang luar, aku Nampak awek aku sanding kat atas pelamin, tengah padang.

Perjalanan aku di teruskan. Aku Nampak tokong cina, tangga tokong tu panjang, Cuma pelik sikit sebab tangga tu menuju ke bawah, sebab hujung tangga belah bawah tu tokong cina tadi, biasanya tokong ni kat atas bukit.

Aku masih konfius dengan apa yang berlaku. Otak aku masih belum dapat catch up lagi.
Kemudian aku sampai satu kem. Mak bapak aku ada sama. Rupa rupanya aku lapor diri jadi polis.

Aku semakin konfius. Bila pulak aku mintak jadi polis ni.
Aku tengok muka mak aku sedih. Muka bapak aku dalam tenang pun Nampak ada jugak sikit sedih. Bapak aku memang pandai cover.

Aku tak nak jadi polis. Tapi aku buat apa apa bantahan pun. Aku follow je. Kepala aku masih konfius kenapa awek aku kawin dengan orang lain.

Tetiba aku dapat text message. Dari awek aku.
"Nanti syg call u ok? I’ll explain everything."

Sekarang otak aku dah dapat proses. Awek aku memang kawin dengan orang lain. Gua kne dumb weh! Serius aku rasa marah, eh bukan, kecewa, ke marah. Tapi aku tak tau muka aku tunjuk perasaan aku ke tak sebab takde orang tanya apa apa. Sampai hati awek aku tinggal aku.

Aku teringat yang sekarang aku kena jadi polis. Aku tak nak jadi polis. Aku suka keje aku dulu. Keje dekat company lama aku.

Aku rasa nak mengamuk. Mengamuk sebab awek aku tipu aku, pergi kawin dengan orang lain. Nak mengamuk sebab aku tak nak jadi polis. Aku tak mau tinggal keje lama aku. Tetiba aku rasa sangat malang, kena tinggal dengan awek lepas tu kene kerje bende aku tak suka.

Aku rasa badan aku nak meletup. Badan aku kembang, membesar, maybe mcm ni la rasa nak jadi Incredible Hulk, tetiba mata aku silau, silau sesilau silaunya.

Aku bukak mata. Oh aku mimpi.

Friday, December 11, 2009

Target locked. Sniper's hot!

Menetapkan target dalam hidup.

Ingat tak masa sekolah sekolah dulu? Cikgu selalu tanya pasal cita-cita kan? Biasanya awal tahun, cikgu kelas baru dan sesi memperkenalkan diri.

Cikgu akan suruh perkenalkan diri, nama dan cita-cita. Oh, sekolah korang aku tak tau, tapi sekolah aku memang mcm tu. Pernah masa Form 3, masuk sesi baru, sesi pagi, masa F1 n F2 sesi petang, new environment, cikgu sumer baru, walaupun kat sekolah sama, dulu sesi petang mana nak layan cikgu cikgu sesi pagi ni. Hampir semua cikgu masuk kelas suruh perkenalkan diri dan bagitau cita cita. Ade cikgu yg advance sikit, akan tanya tanya, tahun lepas, subjek dia dapat markah berapa.

Kita semakin lupa persoalan cita cita bila dah masuk Uni dan lebih lebih lagi bila dah kerja. Tambah tambah pulak bila kerja sekarang jauh menyimpang dari cita cita yang kita bgtau cikgu dulu.

Ok. Habis idea. Bye.

Sunday, December 6, 2009

A Love Letter

Very cool.
I found this one while blog hopping at ShaJah. Credit to the owner :D


SURAT CINTA SEORANG ROCK KAPAK

Amacam awekku? Lu orait ke?

Wa harap lu ok-ok je..Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!!

Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni.

Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat org lain.Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas!

Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling.

Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!Pehal lu buat cenggini?!!

Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua.

Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb!

Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu!

Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,

Rockersejati