Tuesday, February 1, 2011

Join kami buat amal kebajikan!

Gua ada seorang kawan. Gua namakan kawan gua Ibrahim (bukan nama sebenar).

Ibrahim (bukan nama sebenar) adalah simbol cool yang amat. Berkulit putih, rambut lurus, boleh bercakap dalam tiga bahasa, mempunyai visi dan misi yang jelas. Asalnya beliau adalah seorang pembuat besi, menyedari karier tersebut tidak menepati jiwa dan mentaliti beliau, beliau mencampak diploma simbol 4 tahun mengabdikan diri pada ilmu besi, lalu belajar ilmu komputer. Alhamdulillah, kini beliau berjaya menempatkan diri di Lembah Silikon Malaysia. oh, beliau juga pandai bermain gitar, ni betul betul punya pandai.betul!

Pada mata gua, kehidupan Ibrahim (bukan nama sebenar) boleh dikatakan ceria, turun naik tu permainan hidup kan? Tapi semenjak setahun lepas, gua dapat rasakan kemurungan telah singgah di benak member gua ni. Ini semua gara - gara mazda cabuk berenjin turbo yang beliau beli. Mungkin kerana tidak mahu terlibat dengan urus niaga riba (fakta ini masih belum sahih) kerana itu lah beliau membeli mazda cabuk berenjin turbo tersebut. RM15k, cash!

Sebagai mana para pembaca mendefinisikan cabuk, begitu lah keadaan kereta mazda cabuk berenjin turbo tersebut. Ada saja masalah dan ada saja rosak. Walaubagaimanapun Ibrahim (bukan nama sebenar) tetap mengatakan kos repair mazda cabuk berenjin turbo tersebut semua semuanya ialah RM 2K. Gua langsung tak percaya.

Kemuncak kereta mazda cabuk berenjin turbo tersebut buat panas, apabila ia berjaya bergerak dengan sendiri dari ruang parkir ke tengah jalan. Nasib baik lah jalan taman, kalau lah jalan tersebut adalah Federal Highway, bertambah panas jiwa pemandu pemandu ibu kota. Dari kejadian itu, maka kami menamakan kereta mazda cabuk berenjin turbo sebagai The Flying Dutchman lantas nama Ibrahim bertukar kepada Mr Davy Jones. Versi  lebih kacak.

Hasil sesi mengeteh gua bersama En Ayo (bukan nama sebenar, melayu), kami mengimpikan untuk membayar harga kereta mazda cabuk berenjin turbo itu. Kerana kami mahu menghalau kemurungan di benak Ibrahim (bukan nama sebenar). Dan kami mahu melihat senyuman manis menusuk kalbu beliau kembali terukir di wajah bulatnya itu.

Tapi bukan itu saja yang kami mahu lakukan. Sekiranya kami berjaya membeli kereta mazda cabuk berenjin turbo itu, kami akan menyiksa nya, sebagai mana ia telah menyiksa sahabat kami.

Rancangan kami adalah seperti berikut :

1. Dengan menggunakan baseball bat milik En Ayo (bukan nama sebenar, melayu), badan kereta mazda cabuk berenjin turbo akan diketuk2 sesuka hati dengan syarat ketukan hanya pada bahagian berunsur keluli sahaja. Kata kata kesat yang bersesuaian juga digalakkan untuk dituturkan dalam proses tersebut.

2. Kami akan membawa kereta mazda cabuk berenjin turbo berjalan2 di tempat awam dengan niat untuk merendah rendahkan martabat nya.

3. Kami akan memandu kereta mazda cabuk berenjin turbo tersebut di kawasan laluan sukar seperti semak samun , jalan permukaan beralun dan berlubang. Aktiviti ini bagaimanapun dilakukan dengan syarat kerosakan major tidak berlaku sehinggakan kereta tersebut tidak dapat bergerak.

4. Acara klimaks ialah dengan memandu kereta mazda cabuk berenjin turbo itu dengan laju menuju sesuatu yang masih belum ditentukan pada masa ini dan melompat keluar dari kereta mazda cabuk berenjin turbo tersebut. Proses ini akan diulang ulang sehinggalah kereta mazda cabuk berenjin turbo tersebut tidak mampu bersifat kereta normal lagi. Dan hati kami puas. Acara ini memerlukan sukarelawati dari kolej kolej kejururawatan yang bertaburan di ibu kota memandangkan risiko dan kebahayaan yang mungkin berlaku. Di ulang, sukarelaWATI sahaja.

Oh ya, semua aktiviti tersebut perlu dilakukan bersaksikan mata kepala en Ibrahim (bukan nama sebenar) sendiri. Kami yakin bahawa beliau akan menitiskan air mata memandangkan beliau seorang yang sentimental hatinya. Tapi kami yakin, di akhir garisan nanti, Ibrahim (bukan nama sebenar) akan sedar semua ini dilakukan akibat dari rasa kasih sayang kami sebagai sahabat.

Oleh itu, gua dengan ini melancarkan projek ini dengan penuh rendah hati dan bersifat rendah diri. Mengumpulkan RM15k dalam tempoh yang singkat agak mustahil bagi gua, sebab kalau ianya tidak mustahil, maka tidak mustahil gua sudah bergelar suami orang.

Adakah anda berminat untuk merealisasikan impian kami? Berminat untuk memadam sayu di benak en Ibrahim (bukan nama sebenar)?

Hubungi gua untuk menyumbang! U know where you can reach me.

P/S : En Ibrahim (bukan nama sebenar) masih bujang.

P/S/S : Pendaftaran sebagai sukarelawati juga dibuka sekarang.

P/S/S/S : Gua tak pasti adakah betul cara menulis P/S ni, tapi kira kaw tim lah ek? Hah Hah Hah