Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Tuesday, August 4, 2009

Puchong- Subang-Bukit mertajam-Kuala Perlis-Kepala Batas-Subang-Puchong

Berdebar. Nervous.

Serius.

Aku sandang bag aku. Beg ni aku beli masa aku 2nd year kat KUKTEM, walaupun KUKTEM dah berkubur, tapi bag aku ni ada lagi. Murah je, 3o ringgit.

Tiket aku lipat kemas. Tiket paling besar dalam sejarah pengangkutan awam dalam hidup aku. Saiz kertas A4 beb, kira besar la tu kan?

Muka aku cover berdebar. Bukan pertama kali aku sampai tempat ni, banyak kali dah, cawangan lain lain cuma kali ni aku tau, i would go further beyond the lines i had been. Berdebar.

Pakcik pakaian seragam senyum, nampak macam ikhlas. Aku harap dia tak de ilmu ilmu ghaib boleh baca isi hati aku.

Disebabkan pertama kali, aku teragak agak. Bag aku aku genggam kemas, tali dia aku genggam kemas, sebab beg tu besar kalau aku mau genggam keseluruhannya. Aku letak. Aku angkat balik.Aku letak balik.

"Letak je dik, tak pe." Ujar pakcik pakaian seragam. Nampak sangat gelabah aku kot.

Aku letak.

"Satu je?" Pakcik tu tanya.Macam nak saiko aku je pakcik ni.

"Aa.." jawapan aku goyang.

"Ok, jalan." Laju je pakcik pakaian seragam potong jawapan aku.

Aku beratur belakang Brader Kayu Golf. Sampai giliran aku, setel. Tak ada masalah.

......

Aku beratur. Follow je orang jalan. Akak tu kata ada 1 je jalan pagi ni. Aku follow dengan berdebar.

.......

Pergh, naik bas tak macam ni, kena jalan tengah tengah panas lagi.

.......

Akhirnya, selepas sela masa 25 tahun, aku berjaya jugak naik kapal terbang.

Wednesday, July 22, 2009

Travel v1

This is a fast one.

Semalam kat Batu Pahat, malam ni ke Kuantan, aku gelak dalam hati sambil kira claim,hahaha.

Batu Pahat was nice. Cheap foods, low rates hotels, wah, outstation paling gembira barangkali, hahaha.

Thanks to Pheaw for tips of great foods at Batu Pahat, jadi tak sia sia ko gi sambung belajar kat UTHM tu, ada guna untuk aku jugak.

If you ever went to Batu Pahat, jangan terlepas cuba Nasi Beriyani. Quite nice, takle kata very nice lagi sebab i'm not sure if the restaurant I went was the correct one, gila weh, ingatkan nasi beriyani tu one restaurant signature je, sekali berlambak jugak kedai jual nasi beriani ni. Aku try nasi beriyani mat esa, depan putra specialist hospital, beratur orang tunggu turn, gila siak!!! Paling best, nasi beriani lauk ayam dengan kambing, teh o ais, just for rm 10.50, nyesal tak amik fresh orange, hahahaha. Satu nak jumpa nasi beriani ni, disebabkan banyak kedai jual nasi beriani, aku terpaksa membayar rm12 utk informasi nasi beriani yang mana yang best. Rm12 for 4kg dokong, hahaha. Tapi uncle jual dokong tu memang cool. Mana kat KL nak jumpa orang timbang kasi lebih? Uncle tu selamba je, ok, saya bagi lebih, rasa dalam 5kg lebih aku dapat, god bless you uncle, lepas aku blah dari kedai dokong tu, aku tengok ramai orang singgah, masa aku pegi tu takde plak orang. See good deeds returned.

Sekarang aku tengah rilek2 makan dokong tadi sambil tunggu bos aku call nak gerak ke kuantan. Tetiba terjumpa semut di celah celah biji dokong tu, agak agak semut tu sedar tak berapa jauh dia sudah pegi? :D

Thursday, April 30, 2009

Event 1




Gua tinggalkan tanah besar sekejap. Gua balik nanti gua tak mau keadaan kacau bilau faham!!! :D