Saturday, December 26, 2009

tahun 2010

Baru lepas tengok pilem 2012. Ye, saya tau, saya lambat.

Lepas tu berdebar.

Macammana dengan tahun 2020?

:D

Saturday, December 12, 2009

Hari paling malang

Aku berdiri di tengah panas. Ramai orang sekeliling. Buat hal masing masing. Pelik, kenapa ramai sgt pengantin ni. Air mineral cap select 150ml aku teguk lagi. Panas betul. Kat depan aku ada sebuah rumah,rumah teres, berderet tiga biji. Macam pernah tengok rumah ni, mcm dekat masjid dekat kampung aku.

Aku dengar bunyi kompang. Orang ramai berkerumun depan pintu rumah, rumah tu ada tangga tinggi ala ala rumah Melaka rupanya. Seorang pengantin lelaki keluar. Segak, baju pengantin kaler kuning keemasan, memang raja sehari lah kau. Patut la aku tengok ramai lagi orang yang tak berkerumun, mungkin yang berkerumun tu angkatan pengantin lelaki tu je kot.

Aku makin panas, kepala aku berdenyut denyut, bunyi kompang buat kepala aku bertambah berdenyut denyut. Aku masih berdiri di tengah panas. Aku pun tak tahu kenapa aku tak mau pindah tempat teduh sikit. Takde pun mata aku melilau cari tempat teduh. Masih terpacak di situ. Tengah panas.

Lepas tu aku nampak awek aku. Keluar dari pintu yang sama. Cantik dia hari ni. Dengan baju pengantin warna kuning keemasan jugak. Aku rasa aku ternganga sekejap. Cantik sangat kot. Oh, di tangannya sejambangan bunga kecil, mengingatkan aku pada perkahwinan style mat saleh. Aku masih memuji muji kecantikan awek aku. Dia senyum dekat aku sambil turun tangga ke arah orang ramai.

Kompang tukar rentak. Lain sikit lagu dia. Dan aku masih tak bergerak.
Aku dengar pengumuman panggil nama awek aku. Serentak aku tengok orang payungkan awek aku, berarak ramai ramai kearah pentas.

Awek aku didudukkan atas pentas tu. Bersimpuh. Aku yakin satu tugas yang sukar sebab dia pernah bagitau aku, seksa bersimpuh lama lama ni.
Aku berjalan ke arah pentas, nak duduk sebelah awek aku, tapi aku masih konfius, aku kawin ke ni? Sebelum aku dikejutkan dek lelaki tadi yang tiba tiba duduk sebelah awek aku. Baju kawin diaorang sama.

Aku check pakaian aku. Apa hal aku pakai macam Ted Mosby ni? Seluar jean dengan t shirt lengan panjang sama kemeja petak petak. Patut la panas.
Aku tengok pentas tadi, lelaki tu salam sama sorang pakcik gaya gaya pak imam. Salam tak lepas pulak tu. Pak imam sebut nama awek aku, lepas tu lelaki tu sebut nama awek aku. Lepas tu diaorang doa ramai ramai.

Tetiba aku kat dalam kereta. Kawan aku drive. Kelajuan laju. Aku pandang luar, aku Nampak awek aku sanding kat atas pelamin, tengah padang.

Perjalanan aku di teruskan. Aku Nampak tokong cina, tangga tokong tu panjang, Cuma pelik sikit sebab tangga tu menuju ke bawah, sebab hujung tangga belah bawah tu tokong cina tadi, biasanya tokong ni kat atas bukit.

Aku masih konfius dengan apa yang berlaku. Otak aku masih belum dapat catch up lagi.
Kemudian aku sampai satu kem. Mak bapak aku ada sama. Rupa rupanya aku lapor diri jadi polis.

Aku semakin konfius. Bila pulak aku mintak jadi polis ni.
Aku tengok muka mak aku sedih. Muka bapak aku dalam tenang pun Nampak ada jugak sikit sedih. Bapak aku memang pandai cover.

Aku tak nak jadi polis. Tapi aku buat apa apa bantahan pun. Aku follow je. Kepala aku masih konfius kenapa awek aku kawin dengan orang lain.

Tetiba aku dapat text message. Dari awek aku.
"Nanti syg call u ok? I’ll explain everything."

Sekarang otak aku dah dapat proses. Awek aku memang kawin dengan orang lain. Gua kne dumb weh! Serius aku rasa marah, eh bukan, kecewa, ke marah. Tapi aku tak tau muka aku tunjuk perasaan aku ke tak sebab takde orang tanya apa apa. Sampai hati awek aku tinggal aku.

Aku teringat yang sekarang aku kena jadi polis. Aku tak nak jadi polis. Aku suka keje aku dulu. Keje dekat company lama aku.

Aku rasa nak mengamuk. Mengamuk sebab awek aku tipu aku, pergi kawin dengan orang lain. Nak mengamuk sebab aku tak nak jadi polis. Aku tak mau tinggal keje lama aku. Tetiba aku rasa sangat malang, kena tinggal dengan awek lepas tu kene kerje bende aku tak suka.

Aku rasa badan aku nak meletup. Badan aku kembang, membesar, maybe mcm ni la rasa nak jadi Incredible Hulk, tetiba mata aku silau, silau sesilau silaunya.

Aku bukak mata. Oh aku mimpi.

Friday, December 11, 2009

Target locked. Sniper's hot!

Menetapkan target dalam hidup.

Ingat tak masa sekolah sekolah dulu? Cikgu selalu tanya pasal cita-cita kan? Biasanya awal tahun, cikgu kelas baru dan sesi memperkenalkan diri.

Cikgu akan suruh perkenalkan diri, nama dan cita-cita. Oh, sekolah korang aku tak tau, tapi sekolah aku memang mcm tu. Pernah masa Form 3, masuk sesi baru, sesi pagi, masa F1 n F2 sesi petang, new environment, cikgu sumer baru, walaupun kat sekolah sama, dulu sesi petang mana nak layan cikgu cikgu sesi pagi ni. Hampir semua cikgu masuk kelas suruh perkenalkan diri dan bagitau cita cita. Ade cikgu yg advance sikit, akan tanya tanya, tahun lepas, subjek dia dapat markah berapa.

Kita semakin lupa persoalan cita cita bila dah masuk Uni dan lebih lebih lagi bila dah kerja. Tambah tambah pulak bila kerja sekarang jauh menyimpang dari cita cita yang kita bgtau cikgu dulu.

Ok. Habis idea. Bye.

Sunday, December 6, 2009

A Love Letter

Very cool.
I found this one while blog hopping at ShaJah. Credit to the owner :D


SURAT CINTA SEORANG ROCK KAPAK

Amacam awekku? Lu orait ke?

Wa harap lu ok-ok je..Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!!

Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni.

Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat org lain.Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas!

Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling.

Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!Pehal lu buat cenggini?!!

Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua.

Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb!

Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu!

Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,

Rockersejati

Thursday, November 19, 2009

Kesakitan dan Kelaparan

Kesakitan dan kelaparan,

Dua kata sifat yang apabila di alami secara serentak dan berterusan, priceless.

Bila kali terakhir kamu sakit? Bila kali terakhir kamu sakit yang sangat tidak dapat kamu lupakan?

Bila kali terakhir kamu kelaparan? Ya, tidak makan.

Apabila terpaksa berjalan dengan bontot dan hanya selepas 2 hari baru ketemu nasi...

Aku terbayang orang yang lebih sakit dan lapar dari aku sekarang.

Friday, November 6, 2009

Tun Mahathir Mohammad VS Microsoft Office Word 2007

A small experiment.

I am using microsoft office word 2007. As usual Word would equip you with auto-dictionary right?

Now open a new word document, and type your name.

Press enter.

Write "mahathir".

Spot any difference?

I believe this only work on Word 2007 only. Try it.

Monday, November 2, 2009

Kecek Ore putih

Selalu dengn bangganya apabila menjawab soalan yang bunyi

"Anda boleh menggunakan bahasa .... "

Aku akan jawab Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ya, dengan penuh yakin diri.

Namun, semenjak dua menjak ni, aku rasa macam kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris aku semakin menurun, mungkin ke gred D.

Sekarang tengah fikir nak salahkan siapa.

Bahasa di tempat kerja menggunakan Bahasa Inggeris, around 90%.

Tinggal di Puchong, Selangor yang sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu.

Tapi kerap tersasul menggunakan perkataan "Dop" bila bermaksud "Tidak".

Sampai dengan Mat Salleh tadi pun boleh keluar "Dop" walaupun aku nak cakap " Not"

*sigh*

Thursday, October 22, 2009

TV and homework

Remember when we were little kids, tv is soo much fun. Very fun indeed. I would give up everything for my evening session in front of our old tv. According to Abah that TV is quite same age as me, which is 26 now. I remember, thursday and friday evening was the most happening. Suria perkasa hitam, flashman on thursday and thundercat, flashman on friday. It was kind of custom of our family, every friday, after lunch we all will sit at the hall room and watch hindustan movie, especially when mithun chakraboty was a hero, even umi and abah would cancel all the plans till the movie hit the end. As for me, hindustan wasnt really I am fond at eventhough i would also sat there in the hall, I would rather fading into last week flashman episode, to foresee what the "penjahat" plan for this week. Usually there will be around 30 minutes gap after the movie till flashman start, and this is like a ritual for Umi to start asking me to do things from buying goreng pisang, to homework even sometime ask me wash my school shoes. Maybe another cool things of being a school prefect other than to be the center of attentions, is to wear leather shoe in which you dont have to wash ever, hahaha. Sometimes my parent would create reasons, like to give the tv resting time since hindustan movie would take 3 long hours to finish and it would be very frustrating if as the hindustan movie was about to finish and suddenly its about to rain, we have lots of water pouring down in kelantan especially near year end. What the matter with rain? Adults , especially those living in village in Kelantan have this mind set that rains will come together with thunders and thunders have potentials to short circuits the house electric systems. Which later on I learned that is why we have ELCB, Earth Leakage Circuit Breaker in our house. Usually the command to make sure Tv being turned off would come together with " Dont you remember last week Mak Long's tv been strike by lightning? You want that to happen to our tv too?". I should blame those looney electrician whom had not install the correct ELCB, if not no tv would burnt, heh.
Why I am bragging about this TV? Last night, being light-bone(ringan tulang) I volunteered to help my girlfriend with her poster, USED to be good with photoshop I am and I am editing while watching House on the TV. On the start, I was, oh this is kind of fun, working in front of TV, so relaxing, and recall that my parent always against doing homeworks while watching Tv, I said to myself, later my kids wont have to hear me nagging not to do homework while TV is on. Later on, I cant focus to the photoshops which I had lost my touch and struggling keeping track with House. I admit, now i really understand why my parent scolded me for doing my homework in the living room in front of TV.

p/s what was the series of school girls playing volley ball? I cant remember except for one jurus called, somersault berpusing. Man, that jurus was totally lagendary.

Thursday, October 1, 2009

M for Money

I want to start to seriously taking care of my financial. Starting from today. Most of my close friends amazed with my financial literature eventhough I graduated as an electronic guy whom do not know how to fix a transistor radio and still confuse of 3-pin plug polarity. I know how cashflow works, and why rich are getting richer and poor still running in the rat race, thanks to Mr Kirosaki. But still my money only last till the end of the month or most of the time NEARLY end of the month.

Yes, I am sick of how poor I am organizing my money.

This enlightenment shines few days ago, when my Senior Engineer bought half a million house. He is 35 i think. Suddenly I felt like I want to own one too. So I start hunting. Pre-heated with news that Puchong would be the next USJ, I felt the urged to be a property owner.

Started with a town house here near my office, I went to the show unit, impressive interior design which I am pretty sure there are more Eric of Casa Impian out there. Nearly felt in love with it untill the price was spread open in front of me.

170K.

Yes, that is a house sized 1200 square ft, with 2 bedrooms and another so called bedroom. Not to forget a Perodua Viva size parking lot. And 95 years ownership. Dang!

I know i cant afford it. Actually I could. But with the situation of by-the-28th-my-wallet-dried, how could I allocate $650 for that mi'casa?

So I create a spreadsheet. Listing every cent I used. No more lebih-kurang. This is serious. And I want to own a casa, before I get a Princess for it, hahaha, that is romantic!


Thursday, September 24, 2009

Selamat HAri Raya Aidilfitri 2009

Raya is time to catch up with relatives and old friends. Those people who once you thought you would never live without them and suddenly time flies and you tended to forget them.
What I like most about old friends are how they would unintendedly reminds you how old you had grown, how fast time flies and how far you had been different from the young innocent berhingus you were. Oh, it is like you have a look at your old pics as my girlfriend did last night, I was surprise how fair my skin was, how young and energetic, it’s like, waah, did I changed this much? Yes, I was shocked; I do not have lots of pics of myself, being avoiding lenses and flashes, making that glamorous world away from me,heh. You are lucky if you do have a batch of pics of you growing up, you sure need to have a look at them, see and verify it, how evolved you are. As Exora, you’ll be amazed!!

And you would also surprised and regret to find out how much your close friends had suffered in the period you both had missing in touch and how you hope that you were there for them, on the name of good-old-friendship.

An element of surprise is a salt and pepper during raya. And it’s hit me quite hard. As I grown up, I learnt that what you are today is not what you will be tomorrow. Used to be a bright and brilliant student during secondary years, never guarantee you to drive an Altezza when you 26 years old. But I do meet old pals who had been behind the curtains of those bright and once brilliant young men, is now driving a brand new Altezza on age 26. Don’t ask me what those was-brilliant-guy ride. I hope a Prius, hahahaha.

But it’s never too late for a remedy. Time did pass and time do comes. I really hope those knots I had tightened will remain strong, would never lose again.

Wednesday, September 9, 2009

Kelate (Kelantan) Di Persada Dunia

Salah satu dari keunikan kelantan ialah minat orang orang kelantan untuk berniaga. Boleh dikatakan kemana-mana saya telah berkunjung, pasti ada pertanyataan dari orang tempatan berbunyi " orang kelantan ni suka berniaga".
Satu compliment yang agak membanggakan.
Sepanjang beberapa tahun merantau di negeri paling sibuk di Malaysia a.k.a Selangor, terlalu kerap terjumpa peniaga-peniaga kecil orang kelantan. Pergi sahaja ke bazar ramadan, pernyataan daya ini akan terbukti.
Apabila seorang kawan bertanya, kenapa di Selangor ni ramai sangat orang kelantan yang berniaga (sebenarnya takde lah ramai sgt kot)
Jawapan saya ialah, orang kelantan ramai yang sekolah tak tinggi, syarikat syarikat tak mau gaji, so meniaga lah, lagi pun selangor ni ramai orang bekerja, diaorang kena spend duit diaorang tu.

Beberapa hari lepas, saya secara tidak sengaja telah masuk ke web world economic forum dan juga secara tidak sengaja telah mendownload report mereka.

Alangkah terkejutnya saya bila mendapati cover report tersebut kelihatan begini




Cover report oleh World Economic Forum

:perhatikan kawasan bertanda merah


Close Up!!!


Ya adik adik. A scene from Pasar Siti Khadijah!!

Sekarang Kelantan di Persada Dunia!



p/s Agok agok guano pasar siti khadijah buleh masuk dale cover WEF ni? :D

Monday, September 7, 2009

Takziah.

In memory of my late grandmother.

That morning, after having my subuh prayer, i was lying on my bad, figuring what's ahead that day. Figuring what to wear to office and what to get for my iftar. Suddenly my phone rang, its from my sister, totally rare to have her call that early hour.

Grandma passed away.

I was shocked. Stunned. Still lying on the bed when she went off. Next is from my mother, same news and with a question, will i coming back? My answer is i'm not sure.

It took me a few minutes to make up my mind, to call my aunt to join her for ride home.

I'm not my grandma fav. I even keep my distance from her for few years. But she was still my grandma.

Today on her funeral, i reflected a lots of things that passed.

How my childhood was as a non favorite. I don't remember if there was any occasion when i have different meals compare to another cousins but i do remember that she never hugs me or call me her fav. She do once, that time i was nursing her in hospital. Keeping her company, feeding, washing and changing her diapers. That once she said to others how lucky she have me by her side. I am sure I blushed. But things changes once her favs arrived, weeks later. I felt like I'm more a "bibik" then, heh. That was when i far hearted. I was hunger for her appraisal, for her to thanks me and hold me like a throphy in front of others but i didnt get that. Its like i dont even exist once her fav appeared.

I created distance between us. I know it hurted my father a bit. And I know he understand my actions because he notice what happened. Later, between me and grandma, its no more grandson-grandmother , it was me trying to fill my responsibility for my father. Even on the funeral, when i decide to come home, at first its wasnt because i want to give her my last respect, i came home for my father.

On other side, I think I was wrong. What I did for her was my responsibility. I shouldnt expect her to make me her fav because I nursed her. Maybe the problem was I was expecting that by keeping her company and letting go my school and college holidays, I would be her fav was wrong at the first place. Rome wasnt build in one night. I was carried away with my frustration, was full with anger, whose defeited my sanity.

And as all regret story ended, I did not know if she died forgiving me. But I do forgive her if there any wrong doing. As they sat her in her grave, a thought accross my mind. It would be very nice if there is once that i managed to hug her.

I am certainly not in position of giving others any advice. But if there anything you could learn from my story is, grudge wont bring you anywhere. Most of the time its hurt so much when peoples we love do not apreciate us, but it is actually more painfull when we kind of hate those who we actually love.


Thursday, August 27, 2009


Jumpa mende ni kat dalam blog Tok Rimau. Kalo korang baca kat ofis cover gelak ok?

Bila demam

Hari ke 2 demam.

Pada mulanya ingat MC yg dapat 2 hari aku pakai sehari je, alih alih hari ni bangun pagi, kepala aku berdenyut macam nak pecah, kejap macam nak pecah, kejap macam ok. Sampai aku dah siap dress to kill office, dia datang balik. last last aku tersadai kat tilam jugak.

Aku seorang yang tak banyak harta.

Hari ni lebih kurang setahun aku pakai Aspire 4530. Mentang mentang dah lebih kurang setahun, makin banyak problem timbul. Sebelum ni dgn built-in webcam, yang kadang kadang tiap tiap kali aku nak pakai kena install driver. Oh, sebelum tu, masa mula mula beli, window boot problem, tak bleh masuk window. Lepas tu button arrow ke bawah padam terus, sekarang manual sound control plak tak le pakai. Aku cukup suka function ni, mengingatkan aku pada radio masa kecik kecik dulu, tang nak control volume tu ngan cari frequency tu. bleh tolak tolak pakai jari je.

Harta aku semenjak keje ni tak banyak. Kalo kira rasa rasa macam tak lepas pun pakai jari. Possession aku 80% adalah bende bende yang bring forward dari zaman kolej dulu. Tetiba rasa macam nak kira berapa nilai semua bende yang aku ada hahaha.

backpack - 5 tahun
Beg ni aku beli masa aku masuk 2nd year kat KUKTEM. Tujuan utama nak nampak style bila balik kampung. Masa tu tengah top beg deuter kalau tak silap aku. Sekarang pun deuter top lagi rasanya. Dengan bag ni lah aku menjelajah hampir seluruh Malaysia sampai sekarang. Kalau ade rezeki nak pergi Australia pun, maybe aku still akan bawak bag ni, penghargaan pada kesetiaan dia kat aku.

kasut converse- 3 tahun
Masa aku nak buang kasut ni, aku rasa sedih gila. Tapi terpaksa, sebab aku dah tak ada tempat nak simpan. Nak bagi orang pun dah teruk sgt dah rupa dia. Aku beli masa aku 3rd year kat KUKTEM. Masa tu kedai converse kat depan panggung wayang GSC Megamall kuantan. Clearance sale. Aku beli harga RM80. Pembelian paling mahal aku pada masa tu.Tak pernah hidup aku beli kasut kaler biru. Pengaruh dari Feisal, tak cool kalo takde kasut Converse katanya. Sekarang dia tengah racun aku beli iPhone hahaha. Satu perangai buruk aku, lepas beli something tu, aku mesti macam menyesal sikit sikit tapi tak tunjuk orang. Beberapa bulan pertama berapa kali je aku pakai kasut tu. TApi kasut Converse ni lain macam sikit cerita dia dgn aku. Kalo orang lain, kasut jaga elok elok. Tapi dengan kasut Converse biru ni, semua tempat aku redah. Kebun sayur bapak aku dah lunyai aku pijak pakai kasut ni, pernah aku balik dari kebun, kasut biru dah tukar kaler jadi coklat, lumpur, sebab masa tu hujan. Tu yang buat aku bertambah sayang kat kasut tu. Tapi, segalanya mesti berakhir, masa aku letak kasut tu dalam tong sampah ( aku letak tau bukan campak ) aku terus blah tanpa pandang belakang lagi.

Ada lagi harta harta aku yang lain, tapi lom ada yang dapat lawan sentimental value backpack dengan kasut converse tu. Tetiba plak aku takde mood nak terus tulis. Rasa macam nak cari balik je kasut converse aku tu. Ni effect karangan masa sekolah rendah la ni, saya sepasang kasut. Impak sungguh.

Tuesday, August 11, 2009

Seorang lelaki tua dan sepinggan nasi campur

Apa kata kau?

Kalau seorang lelaki berumur datang pada kau dan bercerita tentang mati.

Mati. Bukan azab kubur atau cerita cerita gerun dari tanah suci.

Cerita tentang takutnya dia pada mati. Walhal kerekter alimnya kau tahu.

Apa kata kau? pada dia ?

Mungkin kau mengangguk. Mengiyakan ceritanya.

Atau

cakap sama dia, dia masih muda lagi. Tapi dia lelaki tua.

Atau mau kata, Tuan banyak harta, amal jariah pun rasanya dah banyak.

Apa kau mau kata?

Sebab aku diam je. Hahahaha

Tuesday, August 4, 2009

Puchong- Subang-Bukit mertajam-Kuala Perlis-Kepala Batas-Subang-Puchong

Berdebar. Nervous.

Serius.

Aku sandang bag aku. Beg ni aku beli masa aku 2nd year kat KUKTEM, walaupun KUKTEM dah berkubur, tapi bag aku ni ada lagi. Murah je, 3o ringgit.

Tiket aku lipat kemas. Tiket paling besar dalam sejarah pengangkutan awam dalam hidup aku. Saiz kertas A4 beb, kira besar la tu kan?

Muka aku cover berdebar. Bukan pertama kali aku sampai tempat ni, banyak kali dah, cawangan lain lain cuma kali ni aku tau, i would go further beyond the lines i had been. Berdebar.

Pakcik pakaian seragam senyum, nampak macam ikhlas. Aku harap dia tak de ilmu ilmu ghaib boleh baca isi hati aku.

Disebabkan pertama kali, aku teragak agak. Bag aku aku genggam kemas, tali dia aku genggam kemas, sebab beg tu besar kalau aku mau genggam keseluruhannya. Aku letak. Aku angkat balik.Aku letak balik.

"Letak je dik, tak pe." Ujar pakcik pakaian seragam. Nampak sangat gelabah aku kot.

Aku letak.

"Satu je?" Pakcik tu tanya.Macam nak saiko aku je pakcik ni.

"Aa.." jawapan aku goyang.

"Ok, jalan." Laju je pakcik pakaian seragam potong jawapan aku.

Aku beratur belakang Brader Kayu Golf. Sampai giliran aku, setel. Tak ada masalah.

......

Aku beratur. Follow je orang jalan. Akak tu kata ada 1 je jalan pagi ni. Aku follow dengan berdebar.

.......

Pergh, naik bas tak macam ni, kena jalan tengah tengah panas lagi.

.......

Akhirnya, selepas sela masa 25 tahun, aku berjaya jugak naik kapal terbang.

Wednesday, July 29, 2009

Belilah Barangan Buatan Malaysia

Mulai hari ni aku akan cuba menerima bahawa nama aku agak local sebenarnya.

Ni Manager aku punya pasal, cakap telifon kuat kuat, pastu nama mamat dalam phone tu sama nama dengan aku, dah la aku ni sensitif orang panggil nama aku, cepat je nak menyahut, argh!!!

Oh, kejadian 5 minit lepas bukan kejadian pertama dengan manager aku.

Local sgt ke nama gua ni?

Wednesday, July 22, 2009

Travel v1

This is a fast one.

Semalam kat Batu Pahat, malam ni ke Kuantan, aku gelak dalam hati sambil kira claim,hahaha.

Batu Pahat was nice. Cheap foods, low rates hotels, wah, outstation paling gembira barangkali, hahaha.

Thanks to Pheaw for tips of great foods at Batu Pahat, jadi tak sia sia ko gi sambung belajar kat UTHM tu, ada guna untuk aku jugak.

If you ever went to Batu Pahat, jangan terlepas cuba Nasi Beriyani. Quite nice, takle kata very nice lagi sebab i'm not sure if the restaurant I went was the correct one, gila weh, ingatkan nasi beriyani tu one restaurant signature je, sekali berlambak jugak kedai jual nasi beriani ni. Aku try nasi beriyani mat esa, depan putra specialist hospital, beratur orang tunggu turn, gila siak!!! Paling best, nasi beriani lauk ayam dengan kambing, teh o ais, just for rm 10.50, nyesal tak amik fresh orange, hahahaha. Satu nak jumpa nasi beriani ni, disebabkan banyak kedai jual nasi beriani, aku terpaksa membayar rm12 utk informasi nasi beriani yang mana yang best. Rm12 for 4kg dokong, hahaha. Tapi uncle jual dokong tu memang cool. Mana kat KL nak jumpa orang timbang kasi lebih? Uncle tu selamba je, ok, saya bagi lebih, rasa dalam 5kg lebih aku dapat, god bless you uncle, lepas aku blah dari kedai dokong tu, aku tengok ramai orang singgah, masa aku pegi tu takde plak orang. See good deeds returned.

Sekarang aku tengah rilek2 makan dokong tadi sambil tunggu bos aku call nak gerak ke kuantan. Tetiba terjumpa semut di celah celah biji dokong tu, agak agak semut tu sedar tak berapa jauh dia sudah pegi? :D

Sunday, July 5, 2009

Obama,Ahmadinejad,Simon Peres

Minggu yang sibuk gila.

Dulu masa aku zaman belajar, aku imaginkan kehidupan aku zaman kerja sangat sibuk, baru seronok. Nak jadi workaholic la konon konon. Berkejar ke sana ke mari, meeting orang tu, jumpa orang ni, travel pergi situ sini, pergi site, design prototaip baru dan macam macam lagi kesibukan yang aku bayangkan.

Minggu ni amik, padan muka, betul betul sibuk. Masuk je Isnin, 4-5 urgent documents masuk. Kena plak final documents, nk kene fotostat-fotostat. Bunyi macam mudah gila kan? fotostat je, letak kat mesin pastu tekan berapa copy nak pastu tunggu siap. Hah, banyak la. Bila urgent, nk tunggu mesin fotostat running pun rasa macam rugi masa. Then nak kena punch lagi, lepas tu nk masuk filing lagi. Lagi lagi kalau job basuh taik orang, tak tahu mana softcopy hardcopy yang dia archive kan, contact number pun dah tukar, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih, huh!

On hand job, baby aku yang sebelum ni perangai elok jugak nak buat hal, supervisor aku plak dah pandai nak deligate works dah sekarang, nyesal aku pergi bercerita pasal buku yang aku baca tu, makan diri sendiri balik dah, kali ni aku memang betul betul multitasking, kalo Intell ade core duo, aku lagi up, core lapan kot. Kejap kat mesin photostat, kejap dekat packing, kejap dekat drawing, masuk pukul 430 aku dah flat habis.

Lepas tu esoknya kena runner pergi melaka, training pulak. Dah la training yang tak berapa berkaitan dengan aku, tapi dah budak tu tak le nak pegi sendiri, aku plak kne calit. Cukup sakit hati bila dah masuk training hall, budak tu boleh plak tido ( training jenis ceramah, dewan aircond, suara penceramah satu tone ), tak de kerja aku nak tegur, karang balik ofis, kena soal, pandai pandai la ko jawab sendiri, umur dah 27, takkkan aku yang lagi muda nak ajar kau macam mana nak behave nak perform dalam kerja. Lantak lah.

Balik dari Melaka, bergegas ke Terengganu pulak, ini bukan urusan kerja, tapi urusan masa depan, pergi dengan harapan dapat jadi Pegawai Kerajaan, insyaallah. Persediaan punya pasal, lunyai poket aku bulan ni, nasib baik buah hati pengarang jantung expert bagi sokongan moral, ikutkan hati dah malas aku nak pergi, cuti aku tahun ni dah lagi sikit dari jari kaki.

Buat buah hati pengarang jantung, terima kasih sebab memahami, menyokong, kata orang behind a great man stand a great woman, you are already the greatest woman, hopefully I could be that great man.

Agak agak tiga orang kat atas tu camane sibuk diaorang eh?

Friday, June 12, 2009

Mesin duit kuning Hitam

Aku melangkah laju masuk ke dalam stesen minyak hijau putih, laju tuju mesin duit kuning hitam. Walaupun kad kaler biru, charge seringgit pun takde hal lah, aku kan eksekutif muda?
Ade sorang brader tgh cucuk duit. Nampak terkial kial sikit. Dari aspek ketinggian, aku lagi tinggi. Pakaian? Itu sudah jelas mencerminkan kehidupan sehariannya. Baju T dengan kolar bulat sudah berbulu, seluar jeans biru muda yang sudah lusuh dan pasti bukan berjenama Levi's. Malang sekali aku tak ada telefon bimbit berkamera.
Eh, apsal mcm lembab je brader ni? Indon pun masuk gaji ikut ATM ke?
Aku legi tinggi, jadi medan pandangan aku tiada halangan ke skrin mesin duit.

SEMAK BAKI>SIMPANAN

BAKI AKAUN ANDA BERJUMLAH :
RM 3545.75


ok, 75 sen tu aku tipu.

Hari itu adalah 24hb May 2009.

Saturday, May 9, 2009

I see the Love

One fine saturday morning, two kids are happily playing...



When suddenly, they start to...

And things getting worse...


At the end...

And this trigger the mums to ....

For a quite long time but at the same time, those kids are ...



Happy Mothers Day!!!

Thursday, April 30, 2009

Event 1




Gua tinggalkan tanah besar sekejap. Gua balik nanti gua tak mau keadaan kacau bilau faham!!! :D

Monday, April 27, 2009

Entry Mellow 2

Life is full of things that we expected and its compliment, the unexpected.

Today I realize that I had been surrounded by friends who are heart broken, scattered I might say but it seems to be much much more complicated and catastrophic than that. That is life.

I'm not going to express my condolence upon them here but what had happened made me to think that how unexpected life is, as we never expected that our best friend had made a surprise birthday party to us. If just the lost would have same effect as having surprise birthday party thrown upon you.

But I do, how I wish that I do understand how heart broken, how scattered your heart now but I know that I would never felt the same as yours, not even one percent of it.

What I could do is just to hear, listening the sad rhythm you play as long as you wish and hope that would ease you a bit and hopefully that a bit do help.

But I hate myself for only be able to listen. Hate to only able to see the sorrow hollowing around them.

And I really hate it, when I have no other choice of words to say to you, except that lame, sick and good for nothing word; sabarlah.

That word is good, nothing bad with that word, but I know that is not the word that would ease them, that is not what they need from me.

I have a belief that if someone is talking to me, revealing the burden they have, they not just want to talk, if it is all about talking, the walls are there all the time. I believe that they are indirectly asking me to help, to provide something that would able to take away the weight they carry, a bit if not all.

And it was a really sucking moment when I am speechless, shocked knowing how heavy it is and the only word I could come out with is that lame one; sabarlah. Damn.







And when we are like Pinocchio who want to be a real human kid.

Sunday, April 26, 2009

Entry Mellow 1

Previous entry sudah mellow, entry ni pun mellow jugak.

Aku menghadapi ke-mellow-an syndrome agaknya.

Majlis perkahwinan kawan-kawan bukan setakat kawan kawan yang kawin. Majlis perkahwinan kawan kawan adalah medan jumpa balik kawan kawan lama. The old mates gatherin'. Kalo nak buat majlis gathering, sirih pulang ke ganggang ke apa sure sambutan tu kurang meriah, tapi kalo jumpa kawan kawan lama kat majlis kawin kawan kawan, turn out lebih membanggakan.

Expectation jumpa kawan kawan sangat tinggi.

Lebih lebih lagi kalo kawan kawan tu memang kawan kawan yang punya personaliti yang menonjol, mcm sgt mesra ke, jenis lawak gila ke, gemok abis abisan ke dan ecatera ecatera.

Expectation jumpa kawan kawan lama ialah kawan kawan lama masih seperti waktu masa lama, setuju?

Sebab kita sendiri lupa kita berubah dan selalunya kita lupa untuk sedar orang lain juga berubah. Persepsi dan pandangan berubah. Menimbulkan situasi awkward, rasa tak kena bila mula sedar yang kawan kawan lama bukan lagi yang lama itu. Membuatkan rasa tidak selesa bila duduk semeja atau sekereta. Bukan tidak selesa cuma tak tahu nak cakap apa. Kalau dulu sumer boleh cerita tapi sekarang semua bunyi macam orang tua.

Kesilapan apabila meletakkan expectation. Ini tidak negatif. Sama sekali tidak salah. No. Cuma skill baru yang perlu ada ialah untuk tidak menjadikan sesuatu yang out of expectation as a set back. Bingkas bangun dengan pantas. Counter attack.

aku mellow. Nak pergi minum Milo.

Wednesday, April 15, 2009

Bual Berat

Kau perempuan.
Ya, betul. Kau cantik. Bentuk badan menarik, leleh. Suara manja tak kira dengan siapa lawan kau.
Kau kata lelaki penipu. Lelaki buaya. Lelaki main kayu tiga.
Kau?
Kau kata kau mahu bebas buat apa saja. Banyak yang kau mahu buat tapi tak dapat. Jadi kau mahu bebas. Dulu mau berdua bukan?
Kau tak tahu. Lelaki ini nampak bangunan dua belas tingkat itu macam best je kalau terjun dari puncaknya. Lelaki ini bangun pagi, bintang kama di pandangan nya, muntah semua isi perutnya. Urat belakang tegang.Stress.
Enam tahun kau buat lelaki ini bernyawa nafas kamu. Hari ini kamu mahu bebas.
Lelaki ini ego. Ego lelaki ini sampai dalam alamnya hanya kamu, sampai tinggal kawan kawan tengok bola Barcelona lawan Inter Milan yang kalau kedai makan tu terbakar atau black out je yang akan buat bontotnya berpisah dari kerusi.
Aku doubt bebas kamu. Aku tak percaya kau tiada orang lain.
Sian member aku dowh, babi lah kau.

Perempuan lain jangan jadi macam perempuan ini!!!

Monday, April 13, 2009

Jangan merokok di lampu isyarat

Gua seorang perokok.

Gua dengan rokok memang tak boleh di pisahkan. Ibarat irama dengan lagu, kata P Ramlee.
Gua jugak seorang penunggang motor yang setia. Kawan kawan gua pun pengguna motorsikal yang tegar. Namun gua tak de motor. Jadilah gua pembonceng tegar.

Banyak kejadian pahit manis gua sebagai pembonceng, tambahan pulak member member gua plak kategori setan dalam pemanduan motorsikal.

Salah satu kenangan gua yang paling gua tak lupa ialah pada suatu ketika, masa tu tengah hari, di bandaraya. Gua di bonceng kawan gua, mau pegi makan. Biasalah, orang muda bangun tengah hari.

Masa tu dekat trafik light, lampu merah. Gua dengan member gua, standard penunggang motor, mencilok deretan kereta yang bersusun dan kami berjaya sampai di garisan hadapan. Lampu merah. Tak boleh jalan. Slalu member gua ni, rempuh je lampu merah, tapi hari tu, mungkin dia bersifat sedikit marhaen.

Gua seorang perokok berdedikasi. Dalam mamai, merasakan trafic light tu macam lama je lagi, gua seluk poket seluar jeans rockers gua, belah kanan,amik rokok, belah kiri capai lighter. Jadi gua terpaksa sedikit berdiri tanpa turun dari motor.
.
.
.
Preeeet preet preeeeeeeeet
.
.
.
Member gua wheelie sebaik sahaja lampu hijau.

Tinggal gua masih terkangkang. Di tengah jalan.











owh, kejadian ini tidak berlaku kepada aku, ni aku dapat dari majalah ujang kalo tak silap, waktu dulu dulu, masatu ujang tengah ngetop. Citer ni di tokok tambah ikut selera aku.

Wednesday, April 8, 2009

Sepatutnya tengah sibuk ni

Korang ada tak Word 2007? Best woo, ade option buat blog posting dari Microsoft word. Aku pun tak tau nape nk kne ade option ni. Tapia de jugak perasan bila write dulu dalam word, padtu copy pastekan dalam posting panel then publish, mesti ade sesuatu yang tak berapa nk kena sikit. Hopefully yang ni ade lah perubahan sebab kat atas ni ade button publish. Hahaha, rasa macam best.

Pernah tak ade ketika rasa macam nak tulis blog? Pada masa tu jugak. Paling tak best kalau time tu ialah time ko tak de internet, kalau dalam toilet tapi ade internet masih masuk kategori best.

Ade ke orang buat posting dalam toilet? Sambil duduk di toilet bowl? Maybe posting pakai blackberry lah kan? Takkan pakai laptop kot, gila hackers kalau mcm tu.

Owh, asalnya aku nk buat report power consumptions ni, tapi terjumpa option ni. Ok , Daaa

Monday, April 6, 2009


Ok,
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Dalam beberapa episode lepas, aku telah meminta pendapat dari pengunjung blog aku untuk mengatasi masalah aku. boleh rujuk sini


Objective : To Make sure the document in my backup folders are updated as in Main Folders.


Masalah :
I found it “renyah” to do “Save As” after saving my files.[ save as is to save the file in backup folder]
I found it “uncool” to copy paste the folder each time I feel like to backup my files.


Solutions :


1. Microsoft Office word setting


1.1 Using advance setting in Microsoft office word.


Masalahnya, dengan setting ni, backup file aku tu di simpan dalam format yang pelik. Aku pun tak tau apa format dia, korang boleh cuba sendiri.


Word option > advance > save


Here you’ll tick
“copy remotely stored files onto your computer, and update the remote file when saving”
Done.


Apa yang terjadi?
Apabila anda save file kamu itu, save macam biasa, backup file will be updated.
Masalah :


Satu : Aku pelik dengan rupa bentuk backup file tu
Dua : Aku tak tau mana dia save backup file tu, aku rasa dalam tempat yang sama dengan file utama di simpan. DAN. Aku tak jumpa setting location save backup file itu.


1.2 Using macro
Tau apa itu macro? Tahu? Bagus. Tak payah lah aku citer.
Reason aku tak guna : tak berapa cool lh.


2.Menggunakan software dari luar. Maksudnya kena install ke dalam computer.


Part ini agak merisaukan, memandangkan aku staff NATO, nanti rahsia rahsia nato terbongkar. Tapi aku tak layan sebab bos Nato bayar aku gaji sikit.


Perisian ini dinamakan SyncToy. Dan bukanlah sejenis permainan.
Anda boleh muatturun di laman web Microsoft, sbb diaorang ni kamcing Bill Gate.


In my opinion, software ni bagus. Fungsi dia lebih kurang copy paste jugak Cuma lebih intelligent, sbb it will weight the folder before doing the backup procedure, updating dan macam macam keje dia lagi.
Ade beberapa options yang korang boleh tentu kan seperti :


Synchronize, Echo, Contribute.


A Synchronize operation takes the two folders and makes sure they have the exact same files. To do this, SyncToy may copy files in either direction and may delete or rename files in either folder.




The Echo operation looks for changes (new files, renames, deletes) in the left folder and makes them in the right folder (one-way sync).


A Contribute option is like an Echo, but it does not delete any files on the right folder that may have been deleted on the left folder.


Terima kasih encik Wiki.


Ok.


The result :


I am using this software for two weeks already and it did help me keeping track of my files. Backup files is hassle no more [tangan lap peluh kat dahi, pakai back hand tangan kiri pada dahi belah kiri ya?] Its soo cool, just a few clicks and I can do my other jobs without worries [scene main golf dan berjemur atas bot mewah] Thank you SyncToy!


References :
wikipedia

Wednesday, April 1, 2009

Sakit

Duhai kekasih,
Lambunglah aku setinggi mungkin
lalu aku akan jatuh lebih kuat.

Thursday, March 26, 2009

Next!!!

Earth hour sudah abes, nak pakai tema apa pulak eh?

Monday, March 23, 2009

Penting ! ! !

Aku tgh cari jalan, macam mana nak save 1 file [word,excel,autocad etc] ke dalam 2 folder dlm masa yang sama. Get the idea?

Macam ni, ko ade projek yang ko save kan dlm file kat work-station ko and ko jugak akan buat keje tu kat umah, so ko dedicated kan lah secebis ruang dalam pendrive 2-gigs ko utk projek tu.

So, aku nak bila aku save file project tu, komputer akan save-kan file tu kat dua tempat, kat dalam PC opis ni ngn kat dalam thumb-drive aku, ye aku tau, thumbdrive tu kne cucuk kat usb port la time save tu.

Ade cadangan?

** Update

Aku dah dapat cara macam mana untuk mengatasi masalh di atas. Trimas to en Famil atas idea yang bernas.

Nak tau? no worries, akan ku update tutorialnya nanti.

Saturday, March 14, 2009

Catatan Hari Sabtu

Pagi ni hujan. Hari ni kena keje.

835am- masih hujan.

845am- siap berpakaian kalis air dan bertolak. Muka ketat.

930am- sambung report untk syarikat hijau putih.

935am- pop up " Destination cannot be open, bla bla bla" .

938am- Sori ya encik Amir, saya nak kene restart main PC, saya rasa PC ni kne virus.

955am- pop up " Destination cannot be open, bla bla bla" .

958am-Pop up " Do you want to save the change to Document bla bla bla " , "No"


Moral :
Ko pakai Main-PC, tempat orang letak sharing file, jangan pandai pandai buka tutup Pc ko, walaupun ko baru 2 bulan keje, tapi masa mula-mula ko masuk dulu aku dah ingatkan bukan?
Stakat umur setahun lagi tua dari aku, jgn harap aku nak panggil ko kakak kalo perangai lagi baik budak lepas SPM.

Monday, February 23, 2009

Saya Tengok TV malam tadi

Saya agak tensen malam tadi semasa menonton siaran langsung MyStarzLG. Bukan sebab Nashrin usap pipi Misha Omar, langsung tidak, atau sebab saya mengundi Casey dan dia tak menang, dan dan saya tidak mengundi Casey,bukan jugak sebab penyokong penyokong yang kat tepi pentas yang buat bulu roma meremang.

Saya tensen sebab orang orang yang tengok MyStarLG kat TV tu, tak mau bercakap bila contestant tengah menyanyi, konsentret konon!

Friday, February 13, 2009

Tak pe Abg Lah kewL nye ! ! !


Poor pak lah...

KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's prime minister and other VIPs were stuck in an elevator for 30 minutes at a government-owned convention center while on his
way to make a speech, an official and reports said Friday.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and the others were trapped in an elevator at the Putrajaya International Convention Centre on Thursday after the doors failed to open on reaching the concourse level, said Abdullah's aide, who spoke on
condition of anonymity, citing protocol.

"He was OK," the aide said. "He was not there by himself."
The New Straits Times reported firefighters eventually pried open the door with a crowbar.
The nine-level circular convention center, built atop a hill in the administrative capital of Putrajaya by the government, has hosted several international events and summits.
The mishap is the latest example of defects and shoddy workmanship in government buildings.
In recent years the Parliament's roof has been found leaking, the ceilings at
two government offices collapsed and a leaking pipe flooded another
office.
At the time, Abdullah voiced outrage over those incidents and ordered an immediate inspection of all state infrastructure for defects. Public Service Department director general Ismail Adam, who was in the elevator with Abdullah, later apologized for the delay.
"When we reached the concourse, the
lift would not open, so we had to spend about half an hour in there while
waiting for someone to pry open the doors,"

The Star newspaper quoted him as saying.

"We did not panic and all was calm until the doors were finally opened for us to get out."
The New Straits Times quoted a security officer at the convention center as saying the elevator, meant for dignitaries, may have fallen into disrepair because it was seldom used.
An officer at the convention center, who spoke on condition of anonymity because she is not authorized to make public statements, said the center was still waiting for the technical report on what caused the elevator to get stuck.



Mari menunding jari? Anybody want to start first?

Sunday, February 1, 2009

Lelaki tua dan Lift

Dalam masyarakat manusia akan ada golongan tua veteran, golongan tua bapak bapak, golongan muda veteran, remaja tua, remaja dan kanak kanak. Hubung kait antara golongan golongan ini akan membentuk bangsa manusia. Dan setiap golongan ini akan mempunyai kebergantungan antara satu sama lain, setuju?

As masyarakat timur berbangga dengan sifat ketimuran yang di definasi kan dengan lemah lembut, tegas dalam lembut, menghormati orang tua and so on dimana kamu mesti tahu jika kamu ini orang timur, Malaysian precisely.

Jadi dimana kamu dalam situasi sepasangan suami isteri veteran dengan anak kecil, seorang didalam dukungan dan seorang lagi diatas cradle, menunggu di depan lift Sunway Pyramid pada petang Ahad saat lift terbuka agak penuh dengan manusia lain juga manusia dari luar yang berebut menyelit masuk berasak asak? Juga ingat pasangan tadi dan anak kecilnya sememangnya berdiri di depan lift?

Di mana kamu pada masa lelaki veteran ini menjerit?

Please la youngsters, can u see there veterans with goodies and kids? Can you give space? [Baca dengan nada menjerit]

Where will you stand ?

Dan kita masyarakat timur yang bersifat ketimuran . . .


Monday, January 26, 2009

Aku Buhsan

Pernah kne Tag dengan cik Belantara Jiwa suatu ketika dulu, ni kira bayar hutang la ek?

♥ What is the relationship of you and him?
Dia housemate saya

♥ Your 5 impressions towards him.
jeles [gila, keje dari kul 9pg sampai 12 tgh hari je, ko tak jeles?], lagi 4 tgh pikir

♥ The most memorable things he had done for you..
Rempit bawak balik kunci rumah masa aku hilang kunci hari tu

♥ The most memorable things he have said to you?
Hang hensem giler ah

♥ If he becomes your enemy, you will....
Ajak main Dota, aku bunuh dalam Dota,kakaka

♥ If he becomes your enemy, the reason is....
Tak penah jadi so susah nak jawab ni, next!

♥ The most desirable thing to do on him is?
Buat mamat ni terkejut! Senang giler, cuma dengan berdiri di depan pintu bilik tanpa buat apa apa dengan sabar tunggu dia berpaling, sah menjerit punya, dah pernah buat

♥ The overall impression of him is...
Hang banyak cakap giler la Payed

♥ How do you think the people around you will feel about you?
Owh itu kne tanya survey..apa kata survey????

♥ The character of you for yourself is?
Hensem mcm Payid cakap

♥ On contrary, the character you hate of yourself is?
Selalu tertinggal barang, dang!

♥ The most ideal person that you want to be is?
Bapak aku

♥ For the people who care about and like you, say something about them.
I know you love me, yeah!

♥ 10 people to tag
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7. kyorakejora
8.
9.
10. Faizal Tahir

♥ Who is no. 2 having a relationship with?
hehehe

♥ Is no. 3 a male or a female?
hehehe

♥ If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Oh Pleaseeeeeeeeeeeeee!!!!!

♥ How about no. 5 and 8?
hehehehe

♥ What is no. 1 studying about?
hehehehe

♥ Is no. 4 single?
hehehehe

♥ Say something about no. 6.
hehehehe


Okeh, setel hutang, ni penangan cuti lima hari la ni.

P/s : BJ, kalo KY tak buat lagi tak tau lh, aku dah tolong perangat dah ni :D

Terazzo

After nearly six months, i decided to mop the floor.

Lagipun aku tak ke mana mana sepanjang cuti 5 hari. Memang tak kena. Kalau biasanya aku akan berkira kira nak balik kg tapi kali tak. Perantau kata hati. Mana boleh kejap kejap pamer muka kat kg kan?

Stupid move.

Masuk hari ke 3 aku dah mati kutu. Tak tau nak buat apa. Housemate yang pada awalnya declare tak balik kg alih alih missing in action, balik kg jugak korang akhirnya. Memandangkan aku banyak masa untuk dibunuh (time to kill) aku akhirnya mengemop lantai rumah aku. Bilik dah setel, berkilat, namun ruang tamu agak mengecewakan. 2 kali aku mop, sinarnya tak kelihatan. Ape hel ni yeop!

Dan akhirnya aku jumpa cara yang sebenar, gilo weh nak buat ni

First you have to strip all the old wax off,
then buff it. then get a good wax/sealer
[one that has a high polymer] [lots of wax in it].
i like century brand
apply a thin coat, let dry buff it remove the dust. coat it again , buff it. pull the wax to you don,t push back and forth. apply with a soft cloth
if done right it will look like a pool of water [when dry]
can be purchased at a cleaning supply

Source : http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20081001210439AAn8Zbw
so ini lah nama nya Terazzo!
Source : http://populuxebooks.com/blog/media/terazzo.jpg

Friday, January 23, 2009

Melayu mudah LUPA

huh ngada ngada betul tajuk!!!

Semenjak minggu lepas, aku selalu terlupa.

Terlupa in term of tertinggal barang. And it totally messed me up. Terlupa sebenarnya adalah charateristic aku yang minor, especially bab tertinggal barang tapi semenjak dua ni minor part ni nampaknya semakin menjadi jadi, nak jadi major agaknya.

For example, bila aku nak kuar ofis, aku akan kuar masuk ofis sampai 3 kali at least baru lah aku bleh betul betul gerak. Tertekan? Yes, indeed.

Bila ingat ingat balik, apa perubahan major yang aku lakukan sepanjang minggu lepas yang maybe contribute pada masalah ini
  1. Kerja banyak yang mengakibatkan stress?
  2. Masalah dalaman diri yang juga bersangkut paut dengan stress?
  3. Aku stop isap rokok secara heavy ?
  4. Takde dah.
Kerja banyak yang mengakibatkan stress.
Takde la banyak sangat pun, walaupun minggu lepas terpaksa bekerja 8 hari non-stop. Tak mungkin menyebabkak aku stress, sakit belakang sikit-sikit plus tegang urat bahu ade lah, tapi tu small matter tu. Makan selera lagi.

Masalah dalaman diri yang bersangkut paut dengan stress?
Stress lagi. Aku tak stress, takde tekanan. Masalah dalaman diri? Takde pulak cam sexual disorder ke, masalah keluarga ke, ngan housemate pun ok, bleh lepak tengok TV sama sama lagi. So ini bukan punca sebenar.

Aku stop isap rokok secara heavy?
Aku sentiasa percaya bahawa aku bleh berenti hisap rokok bila bila masa aku nak. Sebab bagi aku rokok bukan lah ketagihan cuma tabiat. Tapi ini memang berlaku. Sepanjang kerja luar stesen minggu lepas, aku cuma hisap 8 batang rokok iaitu bersamaan dengan sebatang rokok sehari. Dan masih berkekalan sampai sekarang dan aku yakin aku bleh completely berhenti merokok sekejap lagi. Adakah dengan kurang paras nikotin dalam badan aku contribute pada masalah pelupa aku kebelakangan ini? Aku tak pasti.

Mungkin inilah punca sebenar link

Monday, January 19, 2009

Pengalaman Luar Stesen Part 1

Aku sampai rumah pkl 8 mlm waktu Malaysia.

Longest week dan weekend i ever had. 8 hari bekerja paling panjang dlm kehidupan aku. Yang lantas mematikan appetite aku untuk menjadi ahli organisasi minyak dan gas walaupun dikatakan fulus bulanan yang cukup tinggi. Aku tak sanggup jadi teletubbies!

"Butterfingers istana budaya"

Aku search kat google. Air liur meleleh tak terkata. Ni sumer bos aku punya pasal, nak sangat aku gi jadi teletubbies kat Kerteh nun. Sekarang Butter dh went on hiatus, aku terlepas, sapa nak tanggung? Dah la aku sekarang makin jauh dari scene nieh, makin tua dah aku. Trimas to Pheaw the bakal lecturer, bersusah payah dapatkan tiket tuk aku, tapi komitmen sebagai teletubbbies kat control room yang sejuk tu lebih tinggi. Tertekan. Nak berjalan kuar pun takut, kalo meletup plant nie, langsung aku tak jumpa dah awek foreigner aku. Tengah kelabu mata meneliti cables yang di fabricate oleh manusia tak bertamadun mana ntah, yang maybe hidupnya berpegang pada matlamat "apa apa aje janji jalan", aku dikejutkan dek rungutan brader2 control room yang berbunyi, abis ko nak kapal tu terbang sampai sini? Masalah tank pressure katanya, tanker tu nak jugak isi chemical walaupun tank kapalnya tak muat.Heboh.Kecoh.Hiruk.

Aku kerling SE aku, dia muka rilek. Selang lima saat dia sedut hingus dia. Demam dah bos teletubbies aku ni.

"Boss, jom housekeeping."

Ada sinar di wajah nya. Dan. Laju je dia kemas barang. Selalu mesti jugak amik 30 minit.

Malam tu aku tidur macam 2 hari sebelum tu. Cuma aku berdoa agar kapal minyak tu tak jadi kapal terbang masa aku tidur tu.