Saturday, November 29, 2008

Entri Interaktif - Teka teki

Is there anybody here know superman? Tipu kalo korang tak tau.

Ok, ni ade satu teka teki :


ini ialah encik superman versi veteren, gambar dia pun blur blur sikit, punya lah lama.

ini pulak encik superman versi baru, baru lagi ni, tgk baju dia berkilatkan, polyester ni.

Soalan teka teki :

Perhatikan kedua dua gambar di atas, dengan pandangan mata kasar, dan halus juga, anda akan perasan tangan encik supermanS (dua dua orang) berada di kedudukan berbeza. Kenapa?

Ada berani mau jawab?

kekekeke

Saturday, November 22, 2008

Tak ada apa apa

Camane gua nak start.

Asalnye nak citer pasal gua tgh bosan giler duk kat rumah di kala hujung minggu ni, hosmate gua plak pegi melaka, aktiviti kompeni katanya. Asalnye nak gi Genting tapi tiket tak de, maklumlah summer kat kompeni hosmate gua tu muda muda belaka, tak terperasan musim cuti skolah dah mula.

Pastu gua terpikir plak nak tulis pasal hosmate gua ni, dia orang perak, duduk di jajahan larut matang dan selama kata awek gua, sebab diaorang asal dari jajahan sama, tapi takde lah diaorang saling mengenali antara satu sama lain, itu gua pasti.

Tapi sebelum ni gua ade kata kat awek gua yang gua akan buat posting berkaitan dengan kejadian yang berlaku pada kami,hanya awek gua je yang tau pasal ni sebab gua belum citer kat sesapa lagi tapi tak tau la kalo awek gua ader citer kat sesapa.

Gua bukan apa, dalam bab menulis ni gua memang suka, tapi gua lebih suka membaca daripada menulis sebagai mana yang selalu gua isi dalam ruangan kosong bertajuk “Hobi” dalam mana – mana form yang gua kena isi. Kekadang gua pelik gak, ada ke nak isi borang cabutan bertuah nak kene isi apa hobi gua, gua tak tau lah dari segi business psychology ade kait mengait ke tak atau pun orang yang buat form tu saje je nak melawak. Tapi gua teringat pernah gua isi form kat bahagian hobi tu, gua letak “reading”, on the spot awek yang bagi borang kat gua tu menunjuk kan impresi wajah pelik bukan kagum sebagaimana yang gua harapkan, maybe sebab cara pemakaian gua ni yang agak selekeh walau dah sedaya upaya gua cuba menyematkan diri. Gua yakin apa yang berlaku pada gua ni ibarat kata orang orang tua, alah bias tegal biasa. Pelik? Jangan pelik, kisahnye macam ni, dulu mase skolah rendah, ngan menengah rendah, gua pengawas, mase darjah satu sampai 4 tu tak de la pulak, sebab kecik sgt umoor nye, mane buleh jadi pengawas. Siap gua jadi ketua pengawas mase form 2 sebab skolah gua 2 sesi, so form 2 lah paling otai kat sebelah petang, tapi gua bukan otai sgt pun sampai bleh jadi ketua pengawas. Gua jugak ahli pembimbing rakan sebaya sekolah mase tu tapi gua tak jadi presiden sebab tanggungjawab gua sebagai ketua pengawas agak memerlukan komitmen yang tinggi namun sempat jugak gua gondol jawatan presiden rumah sukan sebab kne sabotaj ngan kawan gua, mase tu gua masuk lambat meeting rumah sukan, terus kene calon. Maybe sape sape yang nak dapat calon bleh pakai taktik tu. Jadi sebagai ketua pengawas, pakaian gua memang kemas lh so nape sekarang gua selebet? Jangan salahkan karier dalam bidang kejuruteraan, sebab gua tengok chargeman company gua dulu, semat jettak kate budak budak kat kampong gua. Bila gua masuk skolah asrama kat Pengkalan Chepa, gua mula rimas dengan identiti budak baik yang gua sandang selama ini, so gua nekad nak berubah, dan gua mula mengenali muzik grunge, tapi gua tak minat Nirvana. Dan jugak gua tengok budak budak comot kat sekolah gua tu, power power belajar semuanya. Dan perangai kurang ambik endah kekemasan diri ni gua bawak sampai lah gua masuk ke pusat pengajian tinggi, pernah la sekali dua gua cuba bergaya executive bila nak buat presentation ke apa, tapi tak banyak la. Tak caya Tanya coursemate gua, mesti diaorang perasan gua akan mengulang pakai baju sama pada hari yang sama, macam drama bersiri, pada hari dah waktu yang sama di tv … . Bila masuk alam pekerjaan ni, baru gua sedar kepentingan mempunyai kemahiran bergaya dan berkemas, tak perlu hensem , Cuma perlu kemas dan bergaya. Mana tidak nya, Gua ni executive tapi bile gua gi ofis orang lain, orang ingat gua ni budak dispatch, gua mane ade skill naik moto cilok cilok macam diaorang, bayang jalan bertrafik perlahan kat depan LRT Kelana Jaya, selamba badak je dia diaorang cilok dengan kelajuan tinggi, EX5 je beb, bukan RXZ pun, tepukan untuk kemahiran korang, orang lain jangan cuba kalau korang takde kemahiran. Kadang kadang gua terfikir nak pergi jumpa consultant peragaan ke, pastinya diaorang boleh bagi khodmat nasihaat yang berguna untuk gua kan? Tapi nanti lah, bile gua bleh pakai Honda Accord cam bos gua ke, atau Camry cam manager gua tu, gua pergi lah.

Gua ade sorang kawan, dalam frenster dia, hobby dia letak : menangkap rama rama terbiar. Asal gua rasa apelah bangang nye kawan gua ni, tapi lama lama gua nampak macam cute plak hobi dia ni. Erm, nak kawin dah dia ni, bulan 4 tahun depan, dgr citer sekarang dia jadi engineer kat Pulau Pinang.

Thursday, November 13, 2008

Congrate Sis!!


After lunch today i received a sms from umi, "so what u'll get for ika?"

Being a busy brother I almost forgot that today our little princes UPSR result announced today. Immediately on phone with Umi and alhamdulillah, Ika managed to score 5A. According to Umi, she was crying on the phone upon the news, heh, typical Ika, the softest one in the family.


Her result was out of expectation, as far as I know, she never study yet never busy with any other school activities compared to her sisters who most of the time on school mission for sports or other extra-curricular activities. But we never give up hoping that she will pass the exam with flying colors like most of us. Also we never put any irrational burden upon her to fulfill it. Just reminding her that it would be nice if she manage to get it. Alhamdulillah, you got it sis.

What next for her?

MRSM? Sekolah Sains? or Sek Men Keb Hamzah 2?

There already 2 Ansara, 1 Hamzah and 1 Hamzah-the-second-in-the-making in Cikgu Hanapi's family. Kind of hoping for a Sekolah Sains product in our family,heh.
Umi was planning to apply for Sekolah Maahad, quite nice but a bit against my socialist idealism ,heh.
For me, where ever you'll leap next sis, we only want the best of you as long as "that best" won't be a burden for you.



p/s : Oh yeah, i am announcing this to the world as i think she deserve this congratulations and a bit show off , so? if u have any problem with it, thats ok, maybe because yours didn't get as good as her, no worries, jealousy is kind a normal thing you know but it was soo last year, heh.

Tuesday, November 11, 2008

70% of 100%

What would you do if your doctor said you have this disease?

Yesterday my doctor,(this is my second time meet her kekeke) diagnosed my and she suspected that I have this kind of illness. She suggested a blood test. Actually I don’t really like needles but she's the doctor not me.

And this afternoon, I received a phone call : test result already in her hand. And it is positive.

Well, I didn’t give it a serious thought. Maybe it is just temporary.

But who knows better than HIM.

The doctor brief me that, from day on, I have to be careful with my food. She listed the most foods I should avoid, actually, it is about 70% of food on earth.

I was hoping for another answer when I asked her, "Is this for life?"

Her nods crushed everything.

Ladies and gentleman,

Please prepare something other than red meat, nuts and seafood if I’m in your guest list since I have this illness call gout.

:D

Saturday, November 8, 2008

Mata kiri berkedip

Gua panas, gua tensen, kaki gua sakit, badan gua belengas, gua penat. Complete package skrang ni.

Pastu kunci rumah gua cicir.

Kesudahannya gua duduk depan rumah buat post blog ni, gua memang dedicated blogger.

Patut la mata kiri gua berkedip kedip jap tadi, bakal dapat bala rupanya. Huh!

Tuesday, November 4, 2008

Sekerat

Akhirnya persoalan masalh laptop aku terjawab jugak, bukan salah aku pakai window yang tak genuine atau beli laptop free-dos atau pun sebab aku training dota lebih kurang 2 jam setiap hari atau pun meksis broadband aku yang semakin hari semakin slow atau pun anti-virus yang aku pakai hanya lah cam payung atau jugak sebab aku gi format kat kedai bangla di Plaza Imbi je sebab nak murah pastu berkoyan koyan plak driver aku nak kne install sendri,





Tapi rupenye penjual laptop tu yang tak kompeten!!!





Haiya, ade ke patut dia g setting dos aku salah, camane nak stabilnye aku punya window, kalo hardisk sata ko gi setting lain, siap aku dah pergi kedai dia dua kali, ber bijak pandai la pulak kata window corrupt, ececece, pandai la ko.





Penat dowh, nak pergi low yatt sana, sampai aku rasa cam lain kali kalo aku nak beli apa apa barang yang ade waranty, lagi baik pegi beli kedai dekat dengan rumah je, ni pegi beli jauh jauh semata nak dapat kurang seratus dari harga biasa, ko tak kira kos pengangkutan, rokok, lepak minum, prepaid pakai bwat call member sebab dah lenguh dah menunggu ni, yang terutama sekali korang tak pernah nilaikan penat lelah korang berusaha tu padan tak ngan less rm100 tu? Lom kira blanje member makan Johnnys lagi sebab korang rasa dia lagi pandai dalam bab komputer sampai korang rasa kalo korang deal sendiri sah sah kne tipu.





Sampai rumah dekat pukul 12 mlm, test run dulu laptop aku...nampak cam normal, tempreture pun ok, berselera je dia menyedut elektron elektron mengecas beteri dia, ok, aku puas hati.





Letih punya pasal susah gile aku nak tido, aku ade satu perangai, kalo aku letih sangat, aku akan merasa sangat susah untuk tido, tapi sepatutnya aku tak letih sangat sebab pergi Low Yatt tu, cuma weekend lepas aku mengalami hectic lifestyle sikit plus Peter Chech bler ter reflek lak gi melompat awal 1 saat je.





Dalam susah nak tido tu, bleh plak aku termimpi. Aku mimpi aku konon konon zaman belajar, tapi dapat masuk kolej swasta, bapaknye enjoy aku sampai tetiba rambut aku jadi panjang nasib baik tak afro jer. Tapi yang best pasal mimpi aku ni bukan sebab aku masuk kolej swasta tu, hahaha





Dalam mimpi tu , konon konon nye abah aku bagi hadiah kereta, takde la keta baru, kete secondhand je, ni scene cam cerita transformers tu, mase dia mula mula nak beli bumblebee tu, cuma aku ni kan jenis anak yang baik, takde la aku nak ligan bapak aku, guling guling tenggiling sambil tendang tendang sekeliling sebab tak nak keta buruk, eh, keta tu tak buruk la, cantik just secondhand je. Siap aku bleh heran lagi dalam mimpi tu, sebab aku ingat lagi dialog aku kat bapak aku, "eh, Honda ke bah?" rileek je bapak aku jawab, "aah, Honda la bagus"



post ni aku tulis lama dah, dalam minggu lepas, smpai skrang aku dah lupa dah camane mimpi aku punya ending. Moral of the story, berenti la buat keje separuh jalan, kesudahan dia tak siap jugak karang.

Monday, November 3, 2008