Showing posts with label self-reminder. Show all posts
Showing posts with label self-reminder. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Post Khidmat Masyarakat : Cara Berfikir

Baru lepas cakap dengan adik aku, final year uitm shah alam. Sangat kecewa. Sebab bagi aku dia kurang pandai cara berfikir.

Di ulang, cara berfikir.

Sebelum tu aku baca blog cikgu cool, pasal kisah pelajar kelas bawah bawah, yang aku faham la, walaupun dia tak direct cakap pasal budak budak tu.

Aku rasa betul kalau orang kata sistem pelajaran kita kena revamp. Sokong sangat sangat. Tapi nak revamp ke mana? Halatuju.

Memandangkan orang orang dekat kementerian dan kabinet pun mungkin ada masalah cara berfikir jugak sbb mereka pun lahir dari wadah pendidikan yang sama, mungkin hasil revamp pun maybe ulang balik kisah sama, cuma wajah baru. Tu belum masuk isu isu nak isi tembolok sendiri, kroni, birokrasi, menyalahi perjuangan parti dan bermacam kisah lucu lain.

So, nak amik konsultant luar [ baca: barat] ? Ni satu lagi masalah yang aku rasa simple tapi aku pelik bila orang orang atas yg jauh pengalaman dan pelajaran (pelajaran formal atau hidup) jarang nampak. Jarang nampak pada pandangan aku lah.

Kes senang, padang bola kat Malaysia ni, kenapa semua buruk2, tak rata, rumput tak nak naik dan sebagainya. Aku ingat masa kecik kecik dulu, katanya nak buat Stadium Bukit Jalil tu, pergi amik teknologi Eropah, dari segi infrastruktur, pengurusan, kalo tak silap, siap pegi belajar macam mana puak puak mat saleh nu tanam dan jaga rumput diaorang. Duh, tgk padang stadium tu sekarang? Siap ada orang kata Alex Ferguson masa MU datang Malaysia, siap amik sampel rumput bawak balik nak kaji, tak tau lah betul ke tak, tapi aku rasa lebih pada nganjing je. Bagi aku senang je, cuaca diaorang lain, cuaca kita lain, nak belajar tu bagus lah, tapi kalau pegi sana, amik cara diaorang lepas tu pakai cara sama kat sini, silap lah. Baik pergi Mardi tarik penyelidik kat sana, tambah dengan penyelidik penyelidik kat universiti universiti kat sini, rasa nya kos lagi rendah kot, kalau sama pun, hasil tu milik kita, lepas tu jual plak dekat negara negara dunia ke 3. Kan lagi bagus?

Aku rasa dasar pendidikan sekarang memang mengajar cara berfikir. Ingat slogan "Berfikir secara kritis dan kreatif"? Cikgu Besar sekolah aku dulu selalu sebut dalam perhimpunan. Dasar pendidikan sekarang memang ajar benda benda cara berfikir ni, cuma pengajaran tu secara tidak langsung, tidak formal, tersirat. Mungkin benda ni yang kena ubah dulu. Tak payah revamp besar besar, buat kecik kecik dulu, bina atau baiki komponen dulu ( ini sebenarnya salah satu contoh cara berfikir). Ajar cara berfikir ni secara tersurat pulak. Buat mata pelajaran mungkin. Mula dekat sekolah rendah. Guna prinsip prinsip pedagogi dan semua prinsip perguruan yang lain. Aku pandai sebut perkataan pedagogi sebab bapak aku cikgu, begitu jugak dengan 5 orang bapak saudara aku dan seterusnya 5 orang makcik aku, maksud dia? tanya pakcik Google.

Mungkin budak budak kita ni, pemikiran dia dah tak berapa nak tajam dah nak tangkap yg tersirat tersirat ni, makanan banyak pelik pelik, tu yang otak kurang pikap tu. Mungkin bukan semua, tapi 50% aku yakin bleh sampai. Pihak kerajaan, jangan segan nak berubah, kalau rasa rasa nak mintak pendapat lebih lanjut, boleh hubungi aku, aku caj tak mahal, kalo nak caj professional, kita ramai pakar pakar motivasi, bleh tanya diaorang, lagi dalam ilmu diaorang tu.

So korang pandai berfikir? :D *cheers*

wadah = acuan, pembentuk ( perkataan ni aku belajar masa tingkatan 4 dengan Cikgu Siti Zainab kat MRSM PC, cukup garang, suara dia pitching tinggi, tapi manis orangnya :D )

nganjing = dialek kelantan, dalam ayat aku ni maksud dia nyindir, ngejek

Saturday, December 26, 2009

tahun 2010

Baru lepas tengok pilem 2012. Ye, saya tau, saya lambat.

Lepas tu berdebar.

Macammana dengan tahun 2020?

:D

Thursday, November 19, 2009

Kesakitan dan Kelaparan

Kesakitan dan kelaparan,

Dua kata sifat yang apabila di alami secara serentak dan berterusan, priceless.

Bila kali terakhir kamu sakit? Bila kali terakhir kamu sakit yang sangat tidak dapat kamu lupakan?

Bila kali terakhir kamu kelaparan? Ya, tidak makan.

Apabila terpaksa berjalan dengan bontot dan hanya selepas 2 hari baru ketemu nasi...

Aku terbayang orang yang lebih sakit dan lapar dari aku sekarang.

Monday, November 2, 2009

Kecek Ore putih

Selalu dengn bangganya apabila menjawab soalan yang bunyi

"Anda boleh menggunakan bahasa .... "

Aku akan jawab Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ya, dengan penuh yakin diri.

Namun, semenjak dua menjak ni, aku rasa macam kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris aku semakin menurun, mungkin ke gred D.

Sekarang tengah fikir nak salahkan siapa.

Bahasa di tempat kerja menggunakan Bahasa Inggeris, around 90%.

Tinggal di Puchong, Selangor yang sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu.

Tapi kerap tersasul menggunakan perkataan "Dop" bila bermaksud "Tidak".

Sampai dengan Mat Salleh tadi pun boleh keluar "Dop" walaupun aku nak cakap " Not"

*sigh*

Thursday, October 1, 2009

M for Money

I want to start to seriously taking care of my financial. Starting from today. Most of my close friends amazed with my financial literature eventhough I graduated as an electronic guy whom do not know how to fix a transistor radio and still confuse of 3-pin plug polarity. I know how cashflow works, and why rich are getting richer and poor still running in the rat race, thanks to Mr Kirosaki. But still my money only last till the end of the month or most of the time NEARLY end of the month.

Yes, I am sick of how poor I am organizing my money.

This enlightenment shines few days ago, when my Senior Engineer bought half a million house. He is 35 i think. Suddenly I felt like I want to own one too. So I start hunting. Pre-heated with news that Puchong would be the next USJ, I felt the urged to be a property owner.

Started with a town house here near my office, I went to the show unit, impressive interior design which I am pretty sure there are more Eric of Casa Impian out there. Nearly felt in love with it untill the price was spread open in front of me.

170K.

Yes, that is a house sized 1200 square ft, with 2 bedrooms and another so called bedroom. Not to forget a Perodua Viva size parking lot. And 95 years ownership. Dang!

I know i cant afford it. Actually I could. But with the situation of by-the-28th-my-wallet-dried, how could I allocate $650 for that mi'casa?

So I create a spreadsheet. Listing every cent I used. No more lebih-kurang. This is serious. And I want to own a casa, before I get a Princess for it, hahaha, that is romantic!


Thursday, August 27, 2009

Bila demam

Hari ke 2 demam.

Pada mulanya ingat MC yg dapat 2 hari aku pakai sehari je, alih alih hari ni bangun pagi, kepala aku berdenyut macam nak pecah, kejap macam nak pecah, kejap macam ok. Sampai aku dah siap dress to kill office, dia datang balik. last last aku tersadai kat tilam jugak.

Aku seorang yang tak banyak harta.

Hari ni lebih kurang setahun aku pakai Aspire 4530. Mentang mentang dah lebih kurang setahun, makin banyak problem timbul. Sebelum ni dgn built-in webcam, yang kadang kadang tiap tiap kali aku nak pakai kena install driver. Oh, sebelum tu, masa mula mula beli, window boot problem, tak bleh masuk window. Lepas tu button arrow ke bawah padam terus, sekarang manual sound control plak tak le pakai. Aku cukup suka function ni, mengingatkan aku pada radio masa kecik kecik dulu, tang nak control volume tu ngan cari frequency tu. bleh tolak tolak pakai jari je.

Harta aku semenjak keje ni tak banyak. Kalo kira rasa rasa macam tak lepas pun pakai jari. Possession aku 80% adalah bende bende yang bring forward dari zaman kolej dulu. Tetiba rasa macam nak kira berapa nilai semua bende yang aku ada hahaha.

backpack - 5 tahun
Beg ni aku beli masa aku masuk 2nd year kat KUKTEM. Tujuan utama nak nampak style bila balik kampung. Masa tu tengah top beg deuter kalau tak silap aku. Sekarang pun deuter top lagi rasanya. Dengan bag ni lah aku menjelajah hampir seluruh Malaysia sampai sekarang. Kalau ade rezeki nak pergi Australia pun, maybe aku still akan bawak bag ni, penghargaan pada kesetiaan dia kat aku.

kasut converse- 3 tahun
Masa aku nak buang kasut ni, aku rasa sedih gila. Tapi terpaksa, sebab aku dah tak ada tempat nak simpan. Nak bagi orang pun dah teruk sgt dah rupa dia. Aku beli masa aku 3rd year kat KUKTEM. Masa tu kedai converse kat depan panggung wayang GSC Megamall kuantan. Clearance sale. Aku beli harga RM80. Pembelian paling mahal aku pada masa tu.Tak pernah hidup aku beli kasut kaler biru. Pengaruh dari Feisal, tak cool kalo takde kasut Converse katanya. Sekarang dia tengah racun aku beli iPhone hahaha. Satu perangai buruk aku, lepas beli something tu, aku mesti macam menyesal sikit sikit tapi tak tunjuk orang. Beberapa bulan pertama berapa kali je aku pakai kasut tu. TApi kasut Converse ni lain macam sikit cerita dia dgn aku. Kalo orang lain, kasut jaga elok elok. Tapi dengan kasut Converse biru ni, semua tempat aku redah. Kebun sayur bapak aku dah lunyai aku pijak pakai kasut ni, pernah aku balik dari kebun, kasut biru dah tukar kaler jadi coklat, lumpur, sebab masa tu hujan. Tu yang buat aku bertambah sayang kat kasut tu. Tapi, segalanya mesti berakhir, masa aku letak kasut tu dalam tong sampah ( aku letak tau bukan campak ) aku terus blah tanpa pandang belakang lagi.

Ada lagi harta harta aku yang lain, tapi lom ada yang dapat lawan sentimental value backpack dengan kasut converse tu. Tetiba plak aku takde mood nak terus tulis. Rasa macam nak cari balik je kasut converse aku tu. Ni effect karangan masa sekolah rendah la ni, saya sepasang kasut. Impak sungguh.

Tuesday, August 11, 2009

Seorang lelaki tua dan sepinggan nasi campur

Apa kata kau?

Kalau seorang lelaki berumur datang pada kau dan bercerita tentang mati.

Mati. Bukan azab kubur atau cerita cerita gerun dari tanah suci.

Cerita tentang takutnya dia pada mati. Walhal kerekter alimnya kau tahu.

Apa kata kau? pada dia ?

Mungkin kau mengangguk. Mengiyakan ceritanya.

Atau

cakap sama dia, dia masih muda lagi. Tapi dia lelaki tua.

Atau mau kata, Tuan banyak harta, amal jariah pun rasanya dah banyak.

Apa kau mau kata?

Sebab aku diam je. Hahahaha

Friday, June 12, 2009

Mesin duit kuning Hitam

Aku melangkah laju masuk ke dalam stesen minyak hijau putih, laju tuju mesin duit kuning hitam. Walaupun kad kaler biru, charge seringgit pun takde hal lah, aku kan eksekutif muda?
Ade sorang brader tgh cucuk duit. Nampak terkial kial sikit. Dari aspek ketinggian, aku lagi tinggi. Pakaian? Itu sudah jelas mencerminkan kehidupan sehariannya. Baju T dengan kolar bulat sudah berbulu, seluar jeans biru muda yang sudah lusuh dan pasti bukan berjenama Levi's. Malang sekali aku tak ada telefon bimbit berkamera.
Eh, apsal mcm lembab je brader ni? Indon pun masuk gaji ikut ATM ke?
Aku legi tinggi, jadi medan pandangan aku tiada halangan ke skrin mesin duit.

SEMAK BAKI>SIMPANAN

BAKI AKAUN ANDA BERJUMLAH :
RM 3545.75


ok, 75 sen tu aku tipu.

Hari itu adalah 24hb May 2009.