Baru lepas cakap dengan adik aku, final year uitm shah alam. Sangat kecewa. Sebab bagi aku dia kurang pandai cara berfikir.
Di ulang, cara berfikir.
Sebelum tu aku baca blog
cikgu cool, pasal kisah pelajar kelas bawah bawah, yang aku faham la, walaupun dia tak direct cakap pasal budak budak tu.
Aku rasa betul kalau orang kata sistem pelajaran kita kena
revamp. Sokong sangat sangat. Tapi nak
revamp ke mana? Halatuju.
Memandangkan orang orang dekat kementerian dan kabinet pun mungkin ada masalah cara berfikir jugak sbb mereka pun lahir dari
wadah pendidikan yang sama, mungkin hasil
revamp pun maybe ulang balik kisah sama, cuma wajah baru. Tu belum masuk isu isu nak isi tembolok sendiri, kroni, birokrasi, menyalahi perjuangan parti dan bermacam kisah lucu lain.
So, nak amik konsultant luar [ baca: barat] ? Ni satu lagi masalah yang aku rasa simple tapi aku pelik bila orang orang atas yg jauh pengalaman dan pelajaran (pelajaran formal atau hidup) jarang nampak. Jarang nampak pada pandangan aku lah.
Kes senang, padang bola kat Malaysia ni, kenapa semua buruk2, tak rata, rumput tak nak naik dan sebagainya. Aku ingat masa kecik kecik dulu, katanya nak buat Stadium Bukit Jalil tu, pergi amik teknologi Eropah, dari segi infrastruktur, pengurusan, kalo tak silap, siap pegi belajar macam mana puak puak mat saleh nu tanam dan jaga rumput diaorang. Duh, tgk padang stadium tu sekarang? Siap ada orang kata Alex Ferguson masa MU datang Malaysia, siap amik sampel rumput bawak balik nak kaji, tak tau lah betul ke tak, tapi aku rasa lebih pada
nganjing je.
Bagi aku senang je, cuaca diaorang lain, cuaca kita lain, nak belajar tu bagus lah, tapi kalau pegi sana, amik cara diaorang lepas tu pakai cara sama kat sini, silap lah. Baik pergi Mardi tarik penyelidik kat sana, tambah dengan penyelidik penyelidik kat universiti universiti kat sini, rasa nya kos lagi rendah kot, kalau sama pun, hasil tu milik kita, lepas tu jual plak dekat negara negara dunia ke 3. Kan lagi bagus?
Aku rasa dasar pendidikan sekarang memang mengajar cara berfikir. Ingat slogan "Berfikir secara kritis dan kreatif"? Cikgu Besar sekolah aku dulu selalu sebut dalam perhimpunan. Dasar pendidikan sekarang memang ajar benda benda cara berfikir ni, cuma pengajaran tu secara tidak langsung, tidak formal, tersirat. Mungkin benda ni yang kena ubah dulu. Tak payah
revamp besar besar, buat kecik kecik dulu, bina atau baiki komponen dulu ( ini sebenarnya salah satu contoh cara berfikir). Ajar cara berfikir ni secara tersurat pulak. Buat mata pelajaran mungkin. Mula dekat sekolah rendah. Guna prinsip prinsip
pedagogi dan semua prinsip perguruan yang lain. Aku pandai sebut perkataan
pedagogi sebab bapak aku cikgu, begitu jugak dengan 5 orang bapak saudara aku dan seterusnya 5 orang makcik aku, maksud dia? tanya pakcik Google.
Mungkin budak budak kita ni, pemikiran dia dah tak berapa nak tajam dah nak tangkap yg tersirat tersirat ni, makanan banyak pelik pelik, tu yang otak kurang
pikap tu. Mungkin bukan semua, tapi 50% aku yakin bleh sampai. Pihak kerajaan, jangan segan nak berubah, kalau rasa rasa nak mintak pendapat lebih lanjut, boleh hubungi aku, aku caj tak mahal, kalo nak caj professional, kita ramai pakar pakar motivasi, bleh tanya diaorang, lagi dalam ilmu diaorang tu.
So korang pandai berfikir? :D
*cheers*wadah = acuan, pembentuk ( perkataan ni aku belajar masa tingkatan 4 dengan Cikgu Siti Zainab kat MRSM PC, cukup garang, suara dia pitching tinggi, tapi manis orangnya :D )nganjing = dialek kelantan, dalam ayat aku ni maksud dia nyindir, ngejek