Friday, January 23, 2009

Melayu mudah LUPA

huh ngada ngada betul tajuk!!!

Semenjak minggu lepas, aku selalu terlupa.

Terlupa in term of tertinggal barang. And it totally messed me up. Terlupa sebenarnya adalah charateristic aku yang minor, especially bab tertinggal barang tapi semenjak dua ni minor part ni nampaknya semakin menjadi jadi, nak jadi major agaknya.

For example, bila aku nak kuar ofis, aku akan kuar masuk ofis sampai 3 kali at least baru lah aku bleh betul betul gerak. Tertekan? Yes, indeed.

Bila ingat ingat balik, apa perubahan major yang aku lakukan sepanjang minggu lepas yang maybe contribute pada masalah ini
  1. Kerja banyak yang mengakibatkan stress?
  2. Masalah dalaman diri yang juga bersangkut paut dengan stress?
  3. Aku stop isap rokok secara heavy ?
  4. Takde dah.
Kerja banyak yang mengakibatkan stress.
Takde la banyak sangat pun, walaupun minggu lepas terpaksa bekerja 8 hari non-stop. Tak mungkin menyebabkak aku stress, sakit belakang sikit-sikit plus tegang urat bahu ade lah, tapi tu small matter tu. Makan selera lagi.

Masalah dalaman diri yang bersangkut paut dengan stress?
Stress lagi. Aku tak stress, takde tekanan. Masalah dalaman diri? Takde pulak cam sexual disorder ke, masalah keluarga ke, ngan housemate pun ok, bleh lepak tengok TV sama sama lagi. So ini bukan punca sebenar.

Aku stop isap rokok secara heavy?
Aku sentiasa percaya bahawa aku bleh berenti hisap rokok bila bila masa aku nak. Sebab bagi aku rokok bukan lah ketagihan cuma tabiat. Tapi ini memang berlaku. Sepanjang kerja luar stesen minggu lepas, aku cuma hisap 8 batang rokok iaitu bersamaan dengan sebatang rokok sehari. Dan masih berkekalan sampai sekarang dan aku yakin aku bleh completely berhenti merokok sekejap lagi. Adakah dengan kurang paras nikotin dalam badan aku contribute pada masalah pelupa aku kebelakangan ini? Aku tak pasti.

Mungkin inilah punca sebenar link

No comments: