Thursday, February 25, 2010

A note of Playboy dan Kasut Wanita dalam Kereta Kamu Wahai Lelaki

Orang kata nak jadi Playboy kena hensem, muka ala ala penyanyi Bunkface, ada kacuk. Tak semestinya macam tu tuan tuan dan puan puan, tidak semestinya. Betul ke nak jadi playboy kena ada harta? Kurang kurang ada la kapcai buruk sebijik kan? Bukan semua boleh masuk dalam list Forbes 100 Eligible Bachelor ye dak? Tapi itu pun tak penting, gua pakai Waja Auto 1.6 secondhand je, muka memang tak layak nak masuk Group Kami Berdarah Campuran (mix) kat Facebook, Indeks BMI? Bersepah! Kira macam kalau pergi Jusco,saiz seluar tu agak payah sikit, rupanya bukan semua brand jual seluar saiz 40. Diskriminasi terpimpin yang kita tak sedar tu.

Tapi gua ok.

Awek gua anytime, anywhere, touch and go.

Gua bukan niat nak jadi playboy, tapi kasih sayang gua ni banyak sangat, rasa macam tak patut kalau gua tumpahkan kepada seorang awek sahaja. Karang awek tu lemas pulak, kenapa? perlu ke gua ulang yang kasih sayang gua ni banyak sangat?Lagipun gua ni suka berkenalan, suka memuji dan memuja kecantikan ciptaan tuhan.

Oh, kamu jangan lah membayangkan awek aweks gua tu iras iras Fauziah Latiff atau pun Vanida Imran. Kamu jangan merendah rendahkan gua. Walaupun gua sekolah tak tinggi, tapi gua baca buku Arts of War by Sun Tzu. Sama macam main gitar, gua pandai satu lagu Metallica je, semua orang ingat gua otai, hustler habis, bagi lagu Spoon tengok, haram tak reti. Dalam Arts of War cakap, fight in a battle you know you'll win. Dalam hal ni, awek awek iras iras Fauziah Latiff bukan lah "a battle you know you'll win". Tak perlu lah gua ulas macam mana awek awek gua, yang pasti mereka bukan iras iras Fauziah Latiff atau Wan Noor Azlin.

Sebagaimana wujudnya peribahasa sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, akhirnya gua pun bernasib tupai. Sebelum gua jadi playboy, gua agak menyampah dengan perangai awek kawan kawan gua yang suka sangat tinggal kasut dengan selipar dalam kereta. Kena pulak yg jenis pakai kereta kecik, korang tau tak yang tumit kasut tumit tinggi korang tu boleh tahan jugak kesan sakit bila tersepak? Namun kali ni gua memang kena. Saat gua jumpa cinta hati pengarang jantung gua. Saat segalanya bermula dengan baik dan berjalan dengan sempurna, namun, sebab selipar itu, semua berkecai. Gua tak boleh kata apa. Rupa rupanya ada maksud di sebalik meninggalkan selipar dalam kereta boifen. Ibarat kucing jantan kencing di pagar rumah, sebagai statement kepada kucing kucing lain, "ini kawasan gua!"

5 comments:

=MissRynn= said...

tumpang tanya.. awek ko ramai ker?? hurmm..

Penanam Sayur said...

MissRynn : erm, aaaa, ermm aaaa, aku pakai waja ke? :P

kasuma said...

so funnyyyy, i tgh gelak sorang - sorang kat office ni :P mcm org gile okeeeyy :P

Penanam Sayur said...

kasuma : jangan kantoi gelak dah lah :P

Anonymous said...

apa yang ko merepek ni setannnnnn