Tuesday, July 13, 2010

Being Special

Selalu kita dengar, yang persaingan adalah bagus jika persaingan sihat. Cemburu juga bagus jika cemburu itu membuatkan kita lebih berusaha ke arah yang lebih baik.

Bagaimana kalau kita melakukan persaingan, kita cemburu dan berusaha memuaskan cemburu itu, untuk mencapai objektif yang berlebel positif dan dalam usaha atau perjalanan mencapai objektif itu, ada jiwa yang terguris, luka malah terkorban? Adakah itu masih baik?

Kerap kita dengar, rungutan yang berbunyi,
" Jadi Bos senang lah, push kita sana sini, karang apa apa dia jugak dapat nama."

Dan hasil dari boss menge-push, company you listed dalam Bursa Malaysia, dalam MESDEQ, masuk akhbar bagai.

Dan kamu megah, menghulur kad nama kamu, yang di atas nama kamu ada nama company kamu.

Macam mana tu?

Macam mana dengan situasi lain dalam kehidupan?

Mungkin keadaan akan berubah, kalau Bos sendiri tunjuk pada anak anak buah nya, bahawa Bos juga menyinsing lengan, terjun memerah keringat untuk mencapai objektif tadi, itu pun kalau Bos betul betul memerah keringat, kalau Bos rupa rupanya tahu suruh orang je kerja kuat, mungkin sudah masa untuk Bos juga bekerja kuat.

Mungkin bila jadi Bos, sudah jadi terbiasa dengan privilege yang ada, setiap hari di tatang, sampai kalau dulu masuk ofis secretary bancuhkan kopi siap siap kat pantry sudah rasa status Bos itu special, sekarang mahu kopi di hantar ke meja. Seolah olah, penat lelah secretary bancuh kopi siap siap tu belum cukup special selagi belum sampai ke meja.

Bukan Bos tak hargai penat secretary, cuma Bos pergi mesyuarat dekat ofis lain, ternampak bos company lain, secretary hantar kopi ke meja. Jadi Bos rasa cemburu, rasa diri kurang special, sebab tu bila Bos balik ofis, Bos demand kopi  mesti hantar ke meja!

Rupanya Bos tak tahu, dekat ofis bos lain tadi, bukan secretary yang hantar kopi, tapi sebenarnya tea-lady, kebetulan hari tu tea-lady ada jemputan kenduri, sebab tu pakai cantik cantik, terus Bos kita ingat tea-lady tu as secretary.

Rupanya ketidak-tahuan Bos kita tadi, sudah bikin secretary terasa hati, sebab nampak Bos macam tak hargai penat lelah secretary nak buat Bos hepi. Tapi secretary faham perangai bos. Bos mengada-ngada bukan lama, cuma kadang-kadang panas jugak rasanya.

Lama lama nanti bos faham lah.

2 comments:

=MissRynn= said...

hurmm.. nampak gaya mcm ko dah nak jd boss..

Penanam Sayur said...

Rynn : ko memang seorang yang pandai melihat!!! hehehe