Hujung Minggu. Selalunya hari khamis aku kan rasa nape la ari ni ari khamis, kalo ari ni dah ari jumaat kan best, bile dah ari jumaat, mesti aku terpikir pikir nak buat ape bagi mengisi hujung minggu dua hari yang bakal menjelang. Dan aku sentiasa mengharapkan hujung minggu yang gemilang setiap kali hujung minggu menjelma.
Namun bukan semua hujung minggu aku berstatus gemilang. Apakah pengisian hujung minggu aku? Selalunya Jumaat malam atau Sabtu malam akan berlaku pertumpahan darah wira wira maya di mana mana kafe siber samada di Klang atau di SS15 Subang Jaya. Ini lah aktiviti wajib aku setiap minggu, itupun bergantung pada tahap kesihatan wallet aku, hahaha. Kemudian di ikuti dengan acara tido sepanjang hari pada keesokan hari nya. Itulah kehidupan aku di kampung Subang Jaya ni...hahaha gelak lagi.
Namun begitu, hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang paling gemilang. Aku pernah cakap kat Feisal, yang aku rasa bintang aku yang telah malap selama 5 tahun ni dah kembali bersinar, dan aku harap ia terus bersinar, kire cam zaman gelap dah berakhir dan sekarang bermula zaman Renaissance aku lah ni.
Setelah sekian lama aku menjadi ayam dalam pertarungan maya, minggu lepas aku berjaya meng-ayamkan orang lain, clan aku menang 2-1, dengan K/D 1st=23/3, 2nd=7/5 & 3rd=20/2, rekod terbaik setakat ini, hahaha.
On the next day, Sabtu, aku telah menyebokkan diri di rumah akak si Feisal, ade besday celebration anak sedara dia, Natasya, makan free kan, sapa tanak, hahaha. For my surprise, Kak Mimi bikin nasik Dagang la pulak, dalam malu malu kucing aku sental dua pinggan on the first round, di ikuti oleh kek eskrim yang sedap gle,*owh, ini bukan kek secret recipi sbb tuan rumah anti-secret recepi* ceh, leleh lak air liur sambil menaip nieh.
Ingatkan nak lepak jap jer, rupa rupa nya kitaorang makan bukanlah free sebenarnye, sebab lepas makan diwajibkan turun ke kolam mandi untuk jaga budak budak main air, heh, tak pe layaaannnn. Agak lama jugak rasanya berendam, dah abis kecut kecut dah jari jemari aku namun budak budak tu lom reti reti nak naik, adus, terpaksalah aku melaksanakan operasi tarik, lap dan ikat keatas bebudak tu baru le kitaorang leh naik rumah balik. Walaupun aku tak de melakukan stroke stroke perenang olimpik namun letihnye tetap terasa. Awal awal aku saje je menggolek depan TV tapi tuan rumah lak menghulurkan bantal, maka faham faham aje lah, hahahaha.
Ingat tak aku kate bintang aku kembali bersinar, aku ni kiranya had sold my heart and soul to Chelsea *pinjam istilah Asrif* semenjak Paula Malai Ali meng-declarekan dirinya sebagai Chelsea fan *jeling Istimewa*, kena pulak abang ipar Feisal merangkap encik tuan rumah, kipas-susah-mati MU, lantas kami di invite untuk menyaksikan pertembungan Gergasi Biru menentang Gergasi Merah secara langsung melalui Astro. Sebenarnya aku kurang gemor nengok live Chelsea ni sbb time aku tengok live jer mesti Chelsea kalah tapi kan bintang aku dah bersinar, Chelsea menang 2-1, hasil dua jaringan hero aku, encik Ballack, hehehe, kepada encik tuan rumah, sori yer, ter-lost arderenalin control, terjerit kuat sikit masa penalti kick tu, hehehe.
Ahad nye adalah hari bersama Astro. Walaupun plan nak masak sikit tapi cukup lah ngan gulai ikan yang kitaorang tapau dari umah Kak Mimi smalam, tetiba rasa cam makan nasik berlauk pepagi kat kampung jer walaupun hakikatnya pukul 1130 pagi dah takde orang jual nasik berlauk dah kat Kelate tercinto nu....
6hb ni bakal berada di tempat kerja baru. Sekarang tunggu diaorang call untuk gi amik offer letter. Malam tadi sebelum tido aku berkira kira dengan pendapatan baru aku, takde la banyak cam orang orang gomen ataupun orang keje ngan minyak cap hijau tapi quite a sum bagi aku yang belum pernah merasa gaji yang lebih banyak dari gaji aku sebelum sebelum ni. Dah jadi perangai aku, setiap kali aku nak dapat gaji baru, mula la aku berkira kira nak buat ape, bajet itu, bajet ini, banyak aku bajet. Selalunya belum abis lagi list aku senarai kan, dah abis dah balance gaji aku, isk, kena la aku potong kat point point yang aku dah letak sebelum ni, jenuh jugak la, maybe cam tu lah Pak Lah buat bajet tiap tiap tahun, bezanya Pak Lah punya kosong tu lagi banyak berkali kali ganda dari aku punya kosong, hahaha. Ape bezanya bajet aku kali ni? tak de beza sangat, cuma kali ni kne masukkan skali kos sewa rumah, sbb sebelum ni companies yang aku keje bermurah ati sumbatkan aku ke rumah rumah kongsi diaorang, heh, and tahun ni aku decide nak take over perbelanjaan adik aku yang bakal masuk matriks tak lama lagi, alah budak skolah, takde la banyak belanja sgt kan. Siap jer aku listkan point point aku, sum all out, substract from my gaji nanti, tetiba aku rasa cam pelik, cam ade yang tak kena, masih ade dua tiga hinggit balance gaji aku. Hahaha, aku rase best, aku rasa gumbira sangat, yang penting aku tetiba terbayangkan John Terry sepak bola tembus bangunan dan di sambut bola itu oleh Frank Lampard dengan munggunakan kaki *takleh sambut pakai tangan, foul* dalam iklan Celcom sambil berkata "the power is in your hands".
Hahaha, best.
72 RANCANGAN B
3 weeks ago
1 comment:
alang2 gi main tembak2 tu kan, apalsah salahnya update blog sekali?
*wink*
Post a Comment