Tuesday, August 4, 2009

Puchong- Subang-Bukit mertajam-Kuala Perlis-Kepala Batas-Subang-Puchong

Berdebar. Nervous.

Serius.

Aku sandang bag aku. Beg ni aku beli masa aku 2nd year kat KUKTEM, walaupun KUKTEM dah berkubur, tapi bag aku ni ada lagi. Murah je, 3o ringgit.

Tiket aku lipat kemas. Tiket paling besar dalam sejarah pengangkutan awam dalam hidup aku. Saiz kertas A4 beb, kira besar la tu kan?

Muka aku cover berdebar. Bukan pertama kali aku sampai tempat ni, banyak kali dah, cawangan lain lain cuma kali ni aku tau, i would go further beyond the lines i had been. Berdebar.

Pakcik pakaian seragam senyum, nampak macam ikhlas. Aku harap dia tak de ilmu ilmu ghaib boleh baca isi hati aku.

Disebabkan pertama kali, aku teragak agak. Bag aku aku genggam kemas, tali dia aku genggam kemas, sebab beg tu besar kalau aku mau genggam keseluruhannya. Aku letak. Aku angkat balik.Aku letak balik.

"Letak je dik, tak pe." Ujar pakcik pakaian seragam. Nampak sangat gelabah aku kot.

Aku letak.

"Satu je?" Pakcik tu tanya.Macam nak saiko aku je pakcik ni.

"Aa.." jawapan aku goyang.

"Ok, jalan." Laju je pakcik pakaian seragam potong jawapan aku.

Aku beratur belakang Brader Kayu Golf. Sampai giliran aku, setel. Tak ada masalah.

......

Aku beratur. Follow je orang jalan. Akak tu kata ada 1 je jalan pagi ni. Aku follow dengan berdebar.

.......

Pergh, naik bas tak macam ni, kena jalan tengah tengah panas lagi.

.......

Akhirnya, selepas sela masa 25 tahun, aku berjaya jugak naik kapal terbang.

Wednesday, July 29, 2009

Belilah Barangan Buatan Malaysia

Mulai hari ni aku akan cuba menerima bahawa nama aku agak local sebenarnya.

Ni Manager aku punya pasal, cakap telifon kuat kuat, pastu nama mamat dalam phone tu sama nama dengan aku, dah la aku ni sensitif orang panggil nama aku, cepat je nak menyahut, argh!!!

Oh, kejadian 5 minit lepas bukan kejadian pertama dengan manager aku.

Local sgt ke nama gua ni?

Wednesday, July 22, 2009

Travel v1

This is a fast one.

Semalam kat Batu Pahat, malam ni ke Kuantan, aku gelak dalam hati sambil kira claim,hahaha.

Batu Pahat was nice. Cheap foods, low rates hotels, wah, outstation paling gembira barangkali, hahaha.

Thanks to Pheaw for tips of great foods at Batu Pahat, jadi tak sia sia ko gi sambung belajar kat UTHM tu, ada guna untuk aku jugak.

If you ever went to Batu Pahat, jangan terlepas cuba Nasi Beriyani. Quite nice, takle kata very nice lagi sebab i'm not sure if the restaurant I went was the correct one, gila weh, ingatkan nasi beriyani tu one restaurant signature je, sekali berlambak jugak kedai jual nasi beriani ni. Aku try nasi beriyani mat esa, depan putra specialist hospital, beratur orang tunggu turn, gila siak!!! Paling best, nasi beriani lauk ayam dengan kambing, teh o ais, just for rm 10.50, nyesal tak amik fresh orange, hahahaha. Satu nak jumpa nasi beriani ni, disebabkan banyak kedai jual nasi beriani, aku terpaksa membayar rm12 utk informasi nasi beriani yang mana yang best. Rm12 for 4kg dokong, hahaha. Tapi uncle jual dokong tu memang cool. Mana kat KL nak jumpa orang timbang kasi lebih? Uncle tu selamba je, ok, saya bagi lebih, rasa dalam 5kg lebih aku dapat, god bless you uncle, lepas aku blah dari kedai dokong tu, aku tengok ramai orang singgah, masa aku pegi tu takde plak orang. See good deeds returned.

Sekarang aku tengah rilek2 makan dokong tadi sambil tunggu bos aku call nak gerak ke kuantan. Tetiba terjumpa semut di celah celah biji dokong tu, agak agak semut tu sedar tak berapa jauh dia sudah pegi? :D

Sunday, July 5, 2009

Obama,Ahmadinejad,Simon Peres

Minggu yang sibuk gila.

Dulu masa aku zaman belajar, aku imaginkan kehidupan aku zaman kerja sangat sibuk, baru seronok. Nak jadi workaholic la konon konon. Berkejar ke sana ke mari, meeting orang tu, jumpa orang ni, travel pergi situ sini, pergi site, design prototaip baru dan macam macam lagi kesibukan yang aku bayangkan.

Minggu ni amik, padan muka, betul betul sibuk. Masuk je Isnin, 4-5 urgent documents masuk. Kena plak final documents, nk kene fotostat-fotostat. Bunyi macam mudah gila kan? fotostat je, letak kat mesin pastu tekan berapa copy nak pastu tunggu siap. Hah, banyak la. Bila urgent, nk tunggu mesin fotostat running pun rasa macam rugi masa. Then nak kena punch lagi, lepas tu nk masuk filing lagi. Lagi lagi kalau job basuh taik orang, tak tahu mana softcopy hardcopy yang dia archive kan, contact number pun dah tukar, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih, huh!

On hand job, baby aku yang sebelum ni perangai elok jugak nak buat hal, supervisor aku plak dah pandai nak deligate works dah sekarang, nyesal aku pergi bercerita pasal buku yang aku baca tu, makan diri sendiri balik dah, kali ni aku memang betul betul multitasking, kalo Intell ade core duo, aku lagi up, core lapan kot. Kejap kat mesin photostat, kejap dekat packing, kejap dekat drawing, masuk pukul 430 aku dah flat habis.

Lepas tu esoknya kena runner pergi melaka, training pulak. Dah la training yang tak berapa berkaitan dengan aku, tapi dah budak tu tak le nak pegi sendiri, aku plak kne calit. Cukup sakit hati bila dah masuk training hall, budak tu boleh plak tido ( training jenis ceramah, dewan aircond, suara penceramah satu tone ), tak de kerja aku nak tegur, karang balik ofis, kena soal, pandai pandai la ko jawab sendiri, umur dah 27, takkkan aku yang lagi muda nak ajar kau macam mana nak behave nak perform dalam kerja. Lantak lah.

Balik dari Melaka, bergegas ke Terengganu pulak, ini bukan urusan kerja, tapi urusan masa depan, pergi dengan harapan dapat jadi Pegawai Kerajaan, insyaallah. Persediaan punya pasal, lunyai poket aku bulan ni, nasib baik buah hati pengarang jantung expert bagi sokongan moral, ikutkan hati dah malas aku nak pergi, cuti aku tahun ni dah lagi sikit dari jari kaki.

Buat buah hati pengarang jantung, terima kasih sebab memahami, menyokong, kata orang behind a great man stand a great woman, you are already the greatest woman, hopefully I could be that great man.

Agak agak tiga orang kat atas tu camane sibuk diaorang eh?

Friday, June 12, 2009

Mesin duit kuning Hitam

Aku melangkah laju masuk ke dalam stesen minyak hijau putih, laju tuju mesin duit kuning hitam. Walaupun kad kaler biru, charge seringgit pun takde hal lah, aku kan eksekutif muda?
Ade sorang brader tgh cucuk duit. Nampak terkial kial sikit. Dari aspek ketinggian, aku lagi tinggi. Pakaian? Itu sudah jelas mencerminkan kehidupan sehariannya. Baju T dengan kolar bulat sudah berbulu, seluar jeans biru muda yang sudah lusuh dan pasti bukan berjenama Levi's. Malang sekali aku tak ada telefon bimbit berkamera.
Eh, apsal mcm lembab je brader ni? Indon pun masuk gaji ikut ATM ke?
Aku legi tinggi, jadi medan pandangan aku tiada halangan ke skrin mesin duit.

SEMAK BAKI>SIMPANAN

BAKI AKAUN ANDA BERJUMLAH :
RM 3545.75


ok, 75 sen tu aku tipu.

Hari itu adalah 24hb May 2009.

Saturday, May 9, 2009

I see the Love

One fine saturday morning, two kids are happily playing...



When suddenly, they start to...

And things getting worse...


At the end...

And this trigger the mums to ....

For a quite long time but at the same time, those kids are ...



Happy Mothers Day!!!

Thursday, April 30, 2009

Event 1




Gua tinggalkan tanah besar sekejap. Gua balik nanti gua tak mau keadaan kacau bilau faham!!! :D

Monday, April 27, 2009

Entry Mellow 2

Life is full of things that we expected and its compliment, the unexpected.

Today I realize that I had been surrounded by friends who are heart broken, scattered I might say but it seems to be much much more complicated and catastrophic than that. That is life.

I'm not going to express my condolence upon them here but what had happened made me to think that how unexpected life is, as we never expected that our best friend had made a surprise birthday party to us. If just the lost would have same effect as having surprise birthday party thrown upon you.

But I do, how I wish that I do understand how heart broken, how scattered your heart now but I know that I would never felt the same as yours, not even one percent of it.

What I could do is just to hear, listening the sad rhythm you play as long as you wish and hope that would ease you a bit and hopefully that a bit do help.

But I hate myself for only be able to listen. Hate to only able to see the sorrow hollowing around them.

And I really hate it, when I have no other choice of words to say to you, except that lame, sick and good for nothing word; sabarlah.

That word is good, nothing bad with that word, but I know that is not the word that would ease them, that is not what they need from me.

I have a belief that if someone is talking to me, revealing the burden they have, they not just want to talk, if it is all about talking, the walls are there all the time. I believe that they are indirectly asking me to help, to provide something that would able to take away the weight they carry, a bit if not all.

And it was a really sucking moment when I am speechless, shocked knowing how heavy it is and the only word I could come out with is that lame one; sabarlah. Damn.







And when we are like Pinocchio who want to be a real human kid.

Sunday, April 26, 2009

Entry Mellow 1

Previous entry sudah mellow, entry ni pun mellow jugak.

Aku menghadapi ke-mellow-an syndrome agaknya.

Majlis perkahwinan kawan-kawan bukan setakat kawan kawan yang kawin. Majlis perkahwinan kawan kawan adalah medan jumpa balik kawan kawan lama. The old mates gatherin'. Kalo nak buat majlis gathering, sirih pulang ke ganggang ke apa sure sambutan tu kurang meriah, tapi kalo jumpa kawan kawan lama kat majlis kawin kawan kawan, turn out lebih membanggakan.

Expectation jumpa kawan kawan sangat tinggi.

Lebih lebih lagi kalo kawan kawan tu memang kawan kawan yang punya personaliti yang menonjol, mcm sgt mesra ke, jenis lawak gila ke, gemok abis abisan ke dan ecatera ecatera.

Expectation jumpa kawan kawan lama ialah kawan kawan lama masih seperti waktu masa lama, setuju?

Sebab kita sendiri lupa kita berubah dan selalunya kita lupa untuk sedar orang lain juga berubah. Persepsi dan pandangan berubah. Menimbulkan situasi awkward, rasa tak kena bila mula sedar yang kawan kawan lama bukan lagi yang lama itu. Membuatkan rasa tidak selesa bila duduk semeja atau sekereta. Bukan tidak selesa cuma tak tahu nak cakap apa. Kalau dulu sumer boleh cerita tapi sekarang semua bunyi macam orang tua.

Kesilapan apabila meletakkan expectation. Ini tidak negatif. Sama sekali tidak salah. No. Cuma skill baru yang perlu ada ialah untuk tidak menjadikan sesuatu yang out of expectation as a set back. Bingkas bangun dengan pantas. Counter attack.

aku mellow. Nak pergi minum Milo.

Wednesday, April 15, 2009

Bual Berat

Kau perempuan.
Ya, betul. Kau cantik. Bentuk badan menarik, leleh. Suara manja tak kira dengan siapa lawan kau.
Kau kata lelaki penipu. Lelaki buaya. Lelaki main kayu tiga.
Kau?
Kau kata kau mahu bebas buat apa saja. Banyak yang kau mahu buat tapi tak dapat. Jadi kau mahu bebas. Dulu mau berdua bukan?
Kau tak tahu. Lelaki ini nampak bangunan dua belas tingkat itu macam best je kalau terjun dari puncaknya. Lelaki ini bangun pagi, bintang kama di pandangan nya, muntah semua isi perutnya. Urat belakang tegang.Stress.
Enam tahun kau buat lelaki ini bernyawa nafas kamu. Hari ini kamu mahu bebas.
Lelaki ini ego. Ego lelaki ini sampai dalam alamnya hanya kamu, sampai tinggal kawan kawan tengok bola Barcelona lawan Inter Milan yang kalau kedai makan tu terbakar atau black out je yang akan buat bontotnya berpisah dari kerusi.
Aku doubt bebas kamu. Aku tak percaya kau tiada orang lain.
Sian member aku dowh, babi lah kau.

Perempuan lain jangan jadi macam perempuan ini!!!